fbpx

Tribunal menangkan kapitalis, mangsa pula di ugut dan diancam!

Detective Scrut
in OneXox
Nov 18 ·

Kami telah mendapat laporan dari user kami, seorang mangsa penipuan kapitalis kereta recond telah “diugut dan diancam” untuk disaman sampai bankrap setelah Tribunal Kapitalis (TK) memberikan kemenangan kepada si kapitalis.

Pengguna ini telah membuat aduan kepada Tribunal Penggunna (TP) untuk mendapatkan keadilan setelah beliau sedar beliau ditipu. Malangnya, beliau telah tersalah tribunal. Beliau telah pergi ke TK. Setelah pihak kapitalis mendapat kemenangan, mereka telah memberi amaran dalam bentuk ugutan dan ancaman. Katanya,

“kalau kau viralkan kes ini, aku akan saman kau sampai tinggal spenda!”

Begitu angkuh sekali sang kapitalis meraikan kemenangan mungkar. Sudahlah kau yang penipu, kau pula yang nak saman mangsa.

Inilah bahana Tribunal Pengguna telah bertukar menjadi Tribunal Kapitalis. Dari tempat membela pengguna bertukar menjadi tempat menindas pengguna!

Bahkan sang kapitalis dengan bongkaknya telah mengumumkan yang SCRUT telah terkubur. Katanya mereka sudah kautim dengan seluruh auction house di Jepun supaya tidak memberikan data kepada SCRUT.

Adakah benar? Jawapannya TIDAK! Mereka sengaja kata begitu untuk membina persepsi yang report yang SCRUT keluarkan tidak boleh dipercayai lagi.

SCRUT masih lagi berdiri teguh. Supplier kami, auction houses juga masih meneruskan kerjasama dengan kami. Orang Jepun memang tiada masalah. InsyaAllah, kami sekali lagi dijemput ke sana untuk kerjasama yang lain pula.

Pihak di Jepun juga tahu yang kapitalis penipu di Malaysia ini cuba menyalahkan mereka. Dengar cerita, siap ugut-ugut mereka untuk tukar supplier.

Ingat, makin kami ditekan, makin kami melawan. Makin kami diancam, macam-macam lagi idea keluar untuk membalas dendam. Tak mengapa, kami sudah dapat idea yang sangat bernas!

Kau tunggu!

Ditulis dan diolah oleh,
Admin Dari Narakka!
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/637398823411967

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with