fbpx

Tribunal pengguna atau Tribunal kapitalis?

Detective Scrut
in OneXox
Nov 18 ·

Apabila kita mendengar nama Tribunal Pengguna (TP), apa yang kita akan fikirkan?

Kita pasti membayangkan inilah tempat kita sebagai pengguna dibela bukan?

Inilah tempat kita mengharapkan pembelaan dari ditekan kapitalis.

Inilah tempat yang kita jangkakan kapitalis akan diberi tekanan dan mesra pengguna.

Kan? Kerana namanya Tribunal Pengguna bukan?

Malangnya perkara itu tidak berlaku kepada para mangsa penipuan kenderaan recond yang membawa pengaduan kepada TP.

Berdasarkan beberapa laporan yang kami terima, nampak TP tidak mesra kepada pengguna. Seoalah-olah pengguna yang diberi tekanan, kapitalis yang dipertahankan.

Seperti yang kami telah ceritakan sebelum ini, TP menolak “Auction Sheet” dari SCRUT. Katanya laporan dari SCRUT tidak official, tiada yang recognized, tapi mereka menerima “invoice” dari Jepun tanpa meminta sesiapa untuk verify invoice tersebut. Ya, invoice yang sesiapa sahaja boleh buat sendiri. Ia sangat menghina akal! Dengan gaya seperti ini, adakah menunjukkan TP menyebelahi pengguna?

Tidak cukup dengan penghinaan akal tersebut, nampak TP memang langsung tak guna otak pula. Terdapat juga laporan yang kapitalis penipu menggunakan dokumen yang disahkan Pekema. Jadi TP meminta laporan SCRUT disahkan oleh PEKEMA juga. Ini yang kami nak maki manusia bangang yang diberi amanah memberi keadilan di TP ni. Dia buat research ke tak PEKEMA ni siapa? Dia buat research ke tak bagaimana process flow industri ini? Inilah masalah spisis tak progresif yang makan gaji buta!

Ke mari kau, biar aku explain! PEKEMA itu “PERSATUAN PENGIMPOT DAN PENIAGA KENDERAAN MELAYU MALAYSIA”. Ahli-ahlinya terdiri daripada AP-AP holder lah. Logik ke tak PEKEMA ni nak recognize report dari SCRUT sedang mereka tahu kebanyakan ahli-ahlinya yang terlibat menjadi sebahagian dari “industry standard”. Logik ke tak?!

Memang pengimport kereta kena submit dokumen kepada PEKEMA yang diberi mandat oleh kerajaan, MITI dan diperiksa oleh Puspakom, tetapi siapa yang verify kesemua dokumen tersebut? Pekema dan MITI hanya terima sahaja tanpa verify dan validate balik dokumen yang dihantar. Puspakom pula periksa selepas odometer diubah di Port Klang lagi! Sebab itu pihak TP kena progresif sikit, buatlah research sikit!

Masa aku kerja di Port Klang, aku lihat sendiri dengan mata kepala aku, beberapa orang masuk ke kereta-kereta recond yang baru tiba untuk adjust meter. Mereka yang bekerja di Port Klang semua lihat. Hatta pegawai-pegawai kastam di Port Klang juga tahu. Kita semua pun tahu bukan? Selama ni sebelum SCRUT muncul kita tak boleh nak buktikan bukan?

Logiknya, TP sepatutnya minta balik laporan inspection dari pihak kapitalis penipu yang disahkan, minta juga JRC yang disahkan. Mereka beli kereta di Jepun memang base on inspection sheet (auction report) tu je, larat pula diorang ke sana check satu per satu kan? Barulah nampak TP bertindak sebagai pembela pengguna. Beri sedikit tekanan kepada pihak di sana. Barulah kita pun tahu pihak di Jepun juga bersubahat atau tidak. Nampaklah sikit effort TP cuba memberikan keadilan kepada mangsa penipuan!

Ini tidak, dari laporan yang kami terima seolah-olah TP tidak bersama-sama pengguna, kalau itu macam, elok tukar saja nama Tribunal Pengguna kepada Tribunal KAPITALIS!

Ditulis oleh,
Mangsa Tertindas.
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/636817276803455?__tn__=K-R

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with