Terperanjat Uncle dengan soalan ni. Uncle pun semaklah hantaran iklan dia. Oh, iklan dia kata kalau tak percaya boleh #SCRUTdulu. Mungkin agak mengelirukan apabila logo SCRUT menjadi watak utama.
Apa pun, Uncle nak kasitau. SCRUT takda kena mengena dengan penjual atau syarikat terbabit. SCRUT tidak pernah memberikan mana-mana “approval” atau “recognition” kepada mana-mana penjual kereta atau syarikat penjual kereta.
(Baca : Car dealer, AP holder, salesman, broker)
TIADA.
Sebaik mana hujah penjual, secantik mana kedai dia, tetap kena #SCRUTdulu.
Kenapa?
Kerana telah berlaku banyak kejadian, konon ditunjukkan laporan SCRUT, tetapi bukan. Ia telah dipalsukan.
Uncle tahu logo SCRUT ni macam tangkal kepada penjual. Uncle juga faham kadang-kadang orang awam senang terpedaya. Baguslah minta Uncle jelaskan.
Ingat semua, kita jaga kita. Kita sendiri SCRUT, kita puas hati. Macam lagu Roh Marhaen,
“Jangan biarkan diriku ditipu!”


You must be logged in to post a comment.