Sistem aircond dengan sistem enjin ni berlainan.
Walaupun sistem aircond duduk sebelah je dekat ruang enjin dan disambungkan dengan tali sawat, tapi sistemnya lain.
Sebenarnya, boleh je nak pasang aircond terus lepas enjin dah start.
Tak perlu nak berkicap dalam kereta sebelum pasang aircond ya.
Tapi, kalau perasan kereta rasa macam bergegar atau ada bunyi kuat pada bila aircond dipasang dulu sebelum drive, mungkin ada masalah pada ‘mounting’ enjin dan sistem aircond tu sendiri.
Kena check bahagian ‘belting’, compressor, ‘pulley’ dan klac. Salah satu komponen tu mungkin dah lusuh jadi dia bergegar dan menghasilkan bunyi.
‘Mounting’ enjin lama-lama boleh jatuh kalau kita pandu kereta secara kasar. Lepas tu, akan ada bunyi lagi-lagi kalau kereta tak bergerak.
Kesimpulannya, boleh je nak pasang aircond sebelum gerak.
Tapi… kalau perasan ada bunyi atau gegaran tu, sila periksa kereta ya!
Hantar kereta ke Bengkel Scrut Auto. Macam-macam jenis kereta kami boleh buat.
—
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987
0342665556
Booking Online for Service :
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Orignal post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/282899933382191