Dalam dunia hari ini, penipuan bukan lagi sesuatu yang jelas di mata. Ia tidak datang dengan wajah jahat. Ia datang dengan senyuman, janji manis, dan keyakinan yang meyakinkan.
Kadang-kadang orang yang menipu itu adalah orang yang paling kita percaya.
Pertama, penjual kereta. Bukan semua, tapi cukup ramai. Kerana nak untung cepat dan mudah, ada yang sanggup sembunyikan sejarah sebenar kenderaan. Kereta pernah kemalangan, pernah banjir, pernah rosak teruk tapi bila sampai ke tangan pembeli, semuanya nampak “perfect”. Atas kertas nampak bersih. Hakikatnya penuh cerita yang disorok.
Kedua, forex trader. Industri ini bukan salah. Tapi yang salah adalah manusia yang ambil kesempatan. Tak pandai trade, tapi pandai bercakap. Jadi orang tengah, kumpul duit pelabur, janji pulangan tinggi. Hakikatnya, bukan semua keuntungan itu datang dari pasaran.Ada yang datang dari duit orang lain.
Ketiga, scammer. Yang ini memang hidup atas penipuan.Ayat mereka tersusun. Skrip mereka kemas. Screenshot profit, testimoni palsu, gaya hidup mewah… semua digunakan untuk yakinkan mangsa. Bila mangsa masuk, duit hilang. Cerita pun habis.
Keempat, pengutip derma. Ini paling sensitif. Ada yang benar, ikhlas membantu. Tetapi ada juga yang menggunakan simpati sebagai alat. Menjual cerita sedih, meraih kepercayaan tanpa ketelusan. Kalau benar jujur, audit terbuka bukan satu masalah.
Realitinya mudah. Dalam dunia ini, bukan semua orang jujur. Dan bukan semua yang nampak baik benar-benar baik.
Jadi sebelum kau percaya, sebelum kau buat keputusan, tanya satu soalan penting
Kau dah check ke belum?
#scrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#scrutcheckdulu
Original post: https://www.facebook.com/reel/921109687467219
You must be logged in to post a comment.