fbpx

6 Alasan seller kereta recond/used yang kalian kena redflag!

1. Mengutuk SCRUT.

1. Mengutuk SCRUT.

Seller yang mengutuk SCRUT biasanya dia seller yang bermasalah. Maka, kereta yang dia jual pun biasanya bermasalah. Mungkin report tipu, mileage dah pusing, dan macam-macam hal lagi.

Seller yang baik tidak patut kutuk SCRUT kerana SCRUT telah membantu mengubah industri yang gelap kepada terang melalui jalan kejujuran yang penuh integriti.

2. Tidak mahu hantar kereta yang dijual kepada SCRUT untuk buat inspection Sii.

Kalau kereta yang dia jual takda masalah. Kenapa dia takut nak hantar? Kalau dia tak menipu, kenapa dia tak berani nak hantar. Betul tak?

Dah berlambak seller yang steady daripada JB, KB, Penang dan Ipoh, slumber hantar naik tow truck untuk puaskan hati buyer dia. Yang paling best, seller yang bayar cost tu. Ada satu seller ni steady cakap,

“Kereta ni saya untung dalam RM7k, saya tow ke sini kena dalam RM1,200. Saya kasitu no free gift dan dia ok. Tapi, buyer lepas tu trust saya bang. Dia nampak saya steady!”

3. Bagi alasan kereta tak boleh keluar dari bonded atau showroom dia.

Yang selama ini kita test drive tu boleh pula? Ni Uncle nak kasitau. Itu semua alasan diorang nak menipu kita semua. Semua kedai jual kereta ada trade plate.

Trade plate ini ada insurance. Kita boleh bawa ke mana-mana kita nak bawa sama ada untuk test drive, inspection, viewing, atau inspection. Seller yang kata tak boleh bawa keluar tu, cop je dia penipu. Jangan beli dengan dia!

4. Suruh kita letak deposit dulu.

Letak booking bolehlah terima. Ini letak deposit terus, memang scam. Sebenarnya seller yang suruh letak deposit dulu ni memang kena berhati-hati. Booking boleh refund tau!

Ingat, hak kita sebagai pembeli adalah check betul-betul sebelum sign apa-apa. Nego puas-puas. Kita nak beli kereta ni komitmen 5-7-9 tahun. Hak kita nak report SCRUT dan buat inspection Sii adalah hak kepenggunaan kita sebagai pembeli. Siapa sekat, dia ada masalah.

5. Menafikan amalan inspection dengan alasan dah bagi warranty.

Ini kungfu terbaru seller-seller ni pakai untuk cover segala penipuan mereka. Dengan warranty yang mereka beri, maka isu penipuan mileage dan condition ini telah diselesaikan.

Inilah taktik dan strategy jahat. Bagi warranty ni bagus. Tapi, ia bukan alasan untuk menidakkan pembeli daripada mengetahui condition sebenar kereta yang mereka nak beli.

Uncle bagi contoh, warranty ini cover engine dan gearbox sahaja selalunya. Wear & tear lain diorang tak cover. Cuba bayangkan, sebuah kereta yang mileage sudah 90,000km dipusing kepada 15,000km.

Dalam kepala kita, kereta itu masih 15,000km tetapi hakikatnya bukan. Selepas 10,000km digunakan, kereta itu sepatutnya dibuat major servis. Tapi disebabkan kononnya baru 15,000km, owner rilex jela.

Pakai punya pakai sampailah warranty habis. Habis je warranty dan-danlah kereta jahanam. Itu satu kes. Kes lain pula, kereta kerap masuk workshop unexpected sebab wear & tear issue. Engine dan gearbox ok.

Pun duit juga kan? Hakikatnya umur kereta adalah pada mileage penggunaan dan condition-nya. Pusing mileage adalah jenayah dan ia sebuah scam. Walaupun disalut dengan warranty.

Baru-baru ini Uncle dah terima banyak laporan. Ramai dah seller start menipu balik. So, anak-anak sedara semua kena hati-hati.

Ingat, SCRUT for TRUTH!

SCRUT before YOU get SCREWED!

Jangan biarkan diri ditipu!

Jangan biarkan diri dipijak!

Jangan biarkan diri dihina!

Hati-hati dengan sang kapitalis jahat penjual kereta yang tidak jujur yang mahu memeras kita semua..

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid032F6qe125654scSC1FL2ZAbnD78BQXr5ZwLDTeMH6V3doZ1Fw95zMQHynzM5GFGv1l