fbpx

Mesti pernah dengar kes-kes kereta orang kena klon. Jumpa kereta yang sama dekat jalan. Kereta klon ni sebenarnya adalah kereta Scrap Singapore. Dekat Singapore, kereta yang dibeli kena tanda tangan Certificate of Entitlement (COE).

Mesti pernah dengar kes-kes kereta orang kena klon. Jumpa kereta yang sama dekat jalan. Kereta klon ni sebenarnya adalah kereta Scrap Singapore. Dekat Singapore, kereta yang dibeli kena tanda tangan Certificate of Entitlement (COE).

COE ni valid untuk 10 tahun. Lepas daripada 10 tahun akan lupus. Kalau nak renew kos tinggi. Jadi ramai pemilik ambil jalan mudah, kereta terus dijual kepada scrap.

Sebenarnya dekat Malaysia ni kita tak boleh import kereta daripada jiran terdekat. Contohnya Singapore & Indonesia. Tujuannya untuk elak ganggu market value kenderaan tu.​

Kalau anda sebiji kereta singapore bawa masuk Malaysia dan dijual, transaksi itu tak sah. Kereta scrap Singapore ni boleh bawa masuk sebagai alat ganti je.

____

**MACAM MANA BOLEH LEPAS JUAL DEKAT MALAYSIA?**​

Penjual akan jual bawa masuk dan cari model dan warna kereta sama untuk klon kan.​ Kemudian, ,ereka akan padankan no plate, siap hidupkan roadtax​

Tapi mereka akan pilih untuk klonkan kereta Singapore tu dengan kereta jauh dari tempat klon. Contoh Negeri Sembilan dengan Perlis. Supaya susah kantoi. ​

**RISIKO PAKAI KERETA KLON**

Biasanya memang boleh lepas roadblock tapi kalau kemalangan, insurans tak sah sebab kereta tu tadi tak berdaftar dengan JPJ. Bila semak no chasis dah kantoi. Jadi apa-apa tuntutan tak boleh di guna pakai.​

Tapi sepandai-pandai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Sebab kalau nasib tak baik ada kereta klon yang polis dah shortlist dan cari. ​

___

**MACAM MANA NAK ELAK BELI KERETA KLON**

​.

👉Check dulu harga pasaran kereta sebelum beli.​

Kalau harga lebih murah dari pasaran lebih baik elak urus niaga​. Sebab memang kebiasaan kereta klon ni lebih murah daripada yang lain.

.

👉Periksa Vehicle Identification Number (VIN).

Sama atau tak dengan nombor yang ada pada dokumen. ​Kereta klon biasanya ada nombor yang berbeza dengan dokumen.

.

👉Jangan bayar dulu.

Tak kisahlah pendahuluan besar secara tunai, sebab kalau anda bayar tunai sekiranya ada masalah. Kalau lapor pada polis, polis susah nak trace dan buat siasatan.​

.

👉Urus niaga di tempat sesuai.

Pastikan anda berurus niaga di alamat penjual yang berdaftar. Lagi-lagi kalau berurus niaga dengan pihak persendirian. ​

.

👉Semak dengan teliti dokumen diberi.

Rujuk dengan Jabatan Pengangkutan Jalan kalau ada yang meragukan.​

.

👉Jangan terburu-buru

Jangan terus beli sebelum anda tanya penjual nombor pendaftaran, tahun buatan dan model kereta. Lepas dapat sila semak.​

_____

Moralnya jangan beli kereta klon walaupun boleh dapat Nissan GTR bawah RM50K. Semak betul-betul kereta sebelum beli. Tak nak nanti kena tahan tiba-tiba pula, rupanya selama ni pakai kereta klon. ​

Patuhi undang-undang. Belilah kereta second ke kereta recond, asalkan bukan klon. Janji scrut dulu!​

——

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02XT6zAnrk6YAzxNTnpyL48qy4wTTBqNNdqd3vLVtwG4HEBaW5JnDhaJiteKRu4KFbl