fbpx

7 Mitos tentang industri kenderaan recond

Ini yang paling kerap diperkatakan, hakikatnya sangatlah TIDAK. Kalau para pembaca scroll dan baca komen-komen mereka yang menyebut tertipu dengan si A dan B. Kalian akan terbaca syarikat sebesar N**A M**O* dan M*****A M**O* juga terlibat dengan penipuan mileage. Hatta mengatakan mereka ini hanya membawa balik kenderaan bergred A hanyalah mitos semata-mata!

1. AP Holder lama yang besar-besar tak menipu.

Ini yang paling kerap diperkatakan, hakikatnya sangatlah TIDAK. Kalau para pembaca scroll dan baca komen-komen mereka yang menyebut tertipu dengan si A dan B. Kalian akan terbaca syarikat sebesar N**A M**O* dan M*****A M**O* juga terlibat dengan penipuan mileage. Hatta mengatakan mereka ini hanya membawa balik kenderaan bergred A hanyalah mitos semata-mata!

2. Orang Jepun tak pakai kereta, sebab mileage rendah walaupun dah 3 tahun pakai.

Ini juga mitos yang biasa diceritakan oleh salesman ataupun broker. Sebenarnya, hanya mereka yang tinggal di bandar besar seperti Tokyo sahaja tidak menggunakan kereta, mungkin langsung tidak memiliki kereta. Biasanya kereta yang dijual di auction house adalah milik mereka yang tinggal di luar dari bandar besar. Tambahan pula, industri kereta sewa di Jepun kini makin rancak dengan kewujudan sistem e-hailing.

3. Orang Jepun yang tipu pusing odometer.

Logiknya mudah sahaja. Kalau orang Jepun yang pusing meter, mestilah auction report dah sama dengan yang dealer jual. Kalau sampai dekat dealer lain dari auction report, kerja dealer la kejar supplier. Kenapa nak memangsa pembeli dengan menipu mereka?!

4. Inspection report dari negara asal tiada.

Bukan sahaja mitos, malah sebuah pembohongan besar. Setiap kenderaan yang dibawa masuk pasti memiliki laporan kondisi sebenar kenderaan tersebut. Takkan kau main beli je? Kalau dealer bangang jawab macam tu, kau jangan beli dari dia. Sebab dia sendiri pun taktau condition kereta yang dia jual!

5. Mendapat recommendation dari portal kereta popular atau media mainstream.

Tahukah anda, portal-portal dan media-media ini semuanya boleh dibeli dan dibayar. Bak kata omputih,

“a dog never bites the hand that feeds him.”

Dealer dah bayar suruh dia promote takkan dia nak kata delaer tu penipu. Aku ada tertonton sebuah video dari portal kereta terkenal yang kata AP holder X ini hanya membawa masuk kereta gred A sahaja! Padahal AP holder X tersebut sudah banyak
kali kantoi bawa masuk kenderaan gred R dan pusing mileage.

Just nak kasitaulah, hanya SCRUT sahaja tak boleh dibeli!

6. Report dari Scrut tak boleh pakai.

Jadi kau nak pakai report siapa? Report kami dari seluruh auction house di Jepun. Kau nak percaya dealer kau? Salesman kau? Terserah!

7. Scrut penipu.

Kalau kau dengar kalam sebegini. Kau percayalah yang dia tu 1 mazhab dengan Azman Shifter. Kalau kau percaya, kau kawanlah dengan dia!

Jadi, sebab itu Scrut tidak pernah endorse mana-mana dealer. Semuanya terserah kepada anda. Kami ajar kau SCRUT dulu!

Ditulis oleh,
Admin Tak Profesional
“Liar & Tak boleh dibeli!
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/605810459904137