Terkejut Uncle melihat ada orang yang tak puas hati sahabat Uncle cerita dia dapat 15 bulan bonus semalam, itu sebab dia ajak Uncle Omakase. Itu je pun. Share berita gembira je pun. Memang berdosa ke cerita pasal bonus ni?
Macam nilah. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Bonus lain-lain. Department lain-lain. Gaji pun tak sama. Dan performance pun berbeza. Tier pun lain-lain. Ada yang perform, ada yang tidak. Ada yang rajin, ada yang harap vendor atau pekerja contract jadi cow. Kan?
So, kalau ada yang tak dapat bonus. Jangan iri hati. Yang dapat kurang, jangan dengki. Yang dapat 3 bulan, bersyukur. Yang dapat 5 bulan, bersyukur. 8 bulan bersyukur. 12 bulan bersyukur. 15 bulan pun kena bersyukur. Semua kena bersyukur.
Kenapa ada yang sentap? Kenapa ada yang dengki? Kenapa ada yang macam tak puas hati? Kalau kawan Uncle tu tipu ke, berlawak ke, apalah masalah? Kan? Lagipun Uncle yang cerita. Bukan dia. Yang pasti, memang semalam semua orang Petronas dapat bonus kan? Dan bonus setiap orang kan berbeza dan sepatutnya P&C?
Lainlah macam Rafizi, dia sendiri sembang gaji dia RM25k at his age 28 yo, terus jadi manager tak pernah jadi eksekutif, dapat bonus tak kurang daripada 10-12 bulan selama dia kerja, dapat pampasan RM400,000. Betul ke tak cerita dia ni? Dia sendiri cerita ni kan?
Tapi takpalah. Yang sentap ni tak ramai. Cuma Uncle pening kenapa nak marah Uncle cerita pasal kawan Uncle. Isi utama kalau nak beli kereta dia pesan suruh SCRUTdulu je. Yang marah sebab Uncle cuit Rafizi tu fahamlah. Sebab Rafizi pun kantoi menipu dan gagal buktikan kenyataa-kenyataan sembang kencang dia. Kan?
Anyway, di bulan yang mulia ini. Jangan nak sentap-sentap. Semua orang kena bersyukur. Yang dapat bonus kena bersyukur. Banyak atau sikit. Yang tak dapat pun kena bersyukur. Rezeki masing-masing. Jangan dengki, jangan makan rasuah, jangan lembu-kan vendor. Eh!
Yang baik daripada Allah. Yang buruk daripada para pendengki dan #TaikPolitik. Yang sentiasa betul hanya perempuan kaki sentot..
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02MQXSeJhhat2W58hrGNH3MyrJsVVaowEoxfGt5rW6KVVpGDNKvpGRwMN9DSs1vYjQl