fbpx

Bila harga kereta nak turun?

Ada anak sedara Uncle tanya pasal bila harga kereta nak turun?

Ada anak sedara Uncle tanya pasal bila harga kereta nak turun?

Uncle jawab tanya Rafizi. Dulu dia ada formula nak turunkan harga kereta. Cumanya dulu Myvi.

Mungkin Uncle boleh cadangkan untuk turunkan harga Axia Kompang dulu untuk B40.

Kalau dulu Myvi harga 40k+ boleh jadi 25k. Mungkin Axia Kompang 24k boleh jadi 12k kot. Buanglah segala cukai-cukai untuk Axia Kompang kan? Untuk bantu B40. Kan?

Anyway, Uncle macam nak kembali merenung masalah-masalah #TaikPolitik.

Dulu, ketika Rafizi claim dia balik-balik terus jadi manager, gaji 25k, bonus setiap tahun 12 bulan dan dapat pampasan 400k.

Ramai pula percaya..

Budak Petronas yang bangkit melawan isu ini hanya Fdaus Ahmad dan beberapa rakannya sahaja yang kasitau Rafizi menipu.

Tapi, apabila Uncle cerita sahabat Uncle yang berpangkat SVP di Petronas, menurutnya bonus 15 bulan, ramai pula budak yang claim kerja Petronas merentan kata tipu.

Oklah. Kalau sahabat Uncle menipu, berapa bonus SVP Petronas kali ini? Tolong tunjukkan bukti yang rasmi. Setakat sembang, sahabat Uncle tu pun sembang.

Samada sahabat Uncle menipu atau korang yang jaki dan dengki..

Uncle sebenarnya tertunggu-tunggu bila harga kereta nak turun. Yelah, beban bayar loan yang mahal sangat memberi kesan.

Uncle bukan kerja Petronas. Mana masyuk nak pakai H, BMW, Benz, atau Vellfire dan Alphard kan?

Kalau 2009 rakyat tertekan dengan harga kereta yang mahal, takkan tahun 2023 rakyat dah tak tertekan ke?

;(

Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=884014466233643