fbpx

Aduh! Ramai pula yang berminat dengan ucapan selamat jalan admin scrut kepada DR. Maszlee Malik..

Tapi bagus juga. Boleh admin ban segala pembenci-pembenci SCRUT. Biar yang sayang SCRUT je follow SCRUT. Macai-macai dan penjilat-penjilat politaik, boleh layan page lain lah.

Haha!

Tapi bagus juga. Boleh admin ban segala pembenci-pembenci SCRUT. Biar yang sayang SCRUT je follow SCRUT. Macai-macai dan penjilat-penjilat politaik, boleh layan page lain lah.

Takpelah, mungkin ramai yang baru keluar gua. Mereka suka admin cerita pasal kereta kot. Tapi nak kasitau, admin akan cerita pasal apa yang admin suka. Admin hanya akan tunduk kepada boss admin sahaja.

Baiklah, admin nak kenalkan seseorang kepada kau orang semua.

Nama orang tua ini ialah José Alberto “Pepe” Mujica Cordano, merupakan mantan presiden Uruguay dari tahun 2010 hingga 2015. Beliau dikenali sebagai pemimpin paling miskin di dunia kerana menderma 90% dari gajinya untuk orang miskin dan peniaga kecil.

Setelah beliau menaiki takhta pemerintahan. Beliau tidak ke Vetican City untuk menunaikan nazar dengan terbang menggunakan penerbangan kelas pertama, tetapi beliau segera memotong segala privillage elaun dan insentif seperti rumah dan kenderaan.

Beliau dilaporkan hanya tinggal di rumahnya sendiri dan menggunakan kenderaan sendiri untuk menjimatkan kos kerajaan. Tindakan beliau ini menyebabkan menteri-menterinya dan ahli-ahli parlimen menjadi segan silu untuk memohon atau meminta privillage sebagai pemimpin negara.

Beliau menggunakan VW Bettle lama dan tinggal di rumah kecil yang sederhana. Kau tak payah susah-susah nak SCRUT kereta dia. Dia tak pakai Perdana Limosine mahupun Vellfire tau!

Menurut BBC,

“Mujica left office with a relatively healthy economy and with social stability those bigger neighbours could only dream of.”

Walaupun ada mengkritik kononya ekonomi Uruguay tidak baik, tapi menurut BBC, beliau meninggalkan pejabat presiden dalam keadaan ekonomi yang sihat dan keadaan negara yang stabil.

Bak kata Dr. Maszlee Malik,

“Pemimpin yang bodoh lahir dari tangan pengundi yang bodoh..”

Mungkin pemimpin seperti Mujica lahir dari tangan pengundi yang baik, zuhud, qanaah, dan berjiwa rakyat. Admin berharap Malaysia akan mendapat perdana menteri dan pemimpin-pemimpin seperti Mujica!


O

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/751084185376763