Alhamdulillah kemenangan lagi untuk mangsa penipuan beli kereta kemalangan

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Apr 17 ·

Masih ingat lagi video pasangan muda kena tipu beli kereta “total loss” yang aku pernah keluarkan tahun lepas?

Video tu aku dah turunkan disebabkan beberapa isu yang aku sendiri tanggung kesalahan pasal aku masukkan “footage” semasa di dalam bilik bicara Tribunal.

Aku akur, dan aku padamkan video tersebut walaupun pendirian SCRUT video yang dah “post” tidak akan dipadam melainkan jika melibatkan pihak berkuasa.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nak ceritakan kemenangan jika kita berada di pihak yang jujur dan teraniaya.

Pasangan ini peroleh kemenangan dengan “award” daripada Tribunal sebanyak RM25,000 + RM 4,000 gantirugi. Walaupun ianya tidak dapat menampung kerosakan keseluruhan, tapi bagi aku ianya okay.

Sebab dapat juga kurangkan kerugian yang lebih besar. Kalau tak nak rugi langsung kena buat apa?

Kena lah buat semakan terperinci dahulu sebelum beli kereta. Pastikan tiada bekas kemalangan, tak pernah rosak.

Semak dulu di www.scrut.my dan barulah buat keputusan.

Boleh ?

#scrut#scrutmenduniatahun2026#scrutcheckdulu

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid05Y5CY8vsHHfLKcdDH9JCyGbWn8bDC5i9LWPr5zCbWsd5TEvyDMvBqxmFdqhL9QmDl

    Leave a Reply
    created with