fbpx

Allahu akbar! Siti Bainun ditambah pendakwaan untuk penganiayaan pula!

Itulah yang Uncle mahu. Sebelum ini dia hanya dikenakan dakwaan pengabaian sahaja. Dengan..

Itulah yang Uncle mahu. Sebelum ini dia hanya dikenakan dakwaan pengabaian sahaja. Dengan berkat usaha team #JusticeForBella yang memanjat sana sini dan memberi public pressure untuk memperjuangkan keadilan seorang insan istimewa yang dipanggil Bella!

Bella ialah kanak-kanak perempuan down syndrome sebatang kara yang telah dicederakan dengan dahsyat ketika tinggal di rumah Siti Bainun. Badannya terluka parah kerana dipercayai didera.

Gerakan memperjuangkan keadilan untuk Bella bermula apabila suspek dilihat kebal dengan undang-undang. SCRUT terlibat untuk memberi tekanan dari luar supaya keadilan untuk Bella tertegak.

Hari ini, Uncle menitiskan air mata kerana matlamat perjuangan kami telah tercapai. Selebihnya terpulanglah kepada pihak pendakwaan dan pengadilan yang menguruskan.

Kerja kami sampai di situ sahaja. Uncle harap orang yang mendera adik Bella dikenakan tindakan yang setimpal dengan kecederaan yang adik Bella lalui.

Adik Bella mungkin tidak mampu dan tidak faham perjuangan kita. Tapi Uncle percaya, dia pasti akan menjadi asbab untuk kita ke syurga. Adik Bella juga telah menjadi lilin yang dibakar untuk membongkar kebajingan dalam NGO dan rumah perlindungan.

Sebenarnya, Adik Bella ialah hero kita semua!

#JusticeForBella

#Justice4Bella

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1226483401170170