Uncle tahu ramai salesman penipu dan kapitalis jahat berang dan marah dengan SCRUT. Tapi biarlah gentle dan berani. Jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
Lahirnya SCRUT daripada ROH MARHAEN telah memberi impak besar kepada business mereka. Dulu mereka bebas buat apa saja, kini ada SCRUT yang menjadi pemerhati integriti mereka.
Business mereka yang selama ini tidak jujur, disulami dengan penipuan dan penindasan terhadap masyarakat untuk meraih untung besar telah sentiasa diperhati oleh para penyokong SCRUT yang cintakan keadilan.
Ada satu fake account cuba nak jatuhkan SCRUT dengan cerita murahan konon SCRUT ada kawtim dengan penjual kereta. Apalah sangat kawtim level tu, SCRUT ni dah pernah dapat tawaran jutaan ringgit untuk ditutup oleh kapitalis kereta recond dulu.
Apalah sangat nilai inspection yang beratus ringgit itu. Nilai SCRUT disaman lebih daripada 10 juta. Kalau SCRUT nak buat duit mudah, tak payah kawtim-kawtim. SCRUT terima saja tawaran-tawaran mereka. SCRUT boleh rilex dah. Tak payah buat inovasi macam SCRUT AI, SCRUT ANALytica, SCRUT SCAMica dan SCRUT aRMy.
Tapi takpa, jika benar perkara itu berlaku. Sila buat laporan polis bila kejadian tersebut berlaku. Kemudian, sila buat laporan rasmi kepada kami. Kami akan siasat thoroughly. Kalau benar berlaku, kami akan tanam career pengkhianat tersebut. Jika kau menipu, kami ambil tindakan undang-undang terhadap kau!
Tapi, kalau pakai fake account, menyalak dan cuba buat persepsi negative macam tu. Ibarat anjing menyalak bukit jela. Tak gentle la. Tengok SCRUT, berlambak kena saman, kena ugut bagai, tak pernah gentar. Pakai real account-lah, berani kerana benar kan, takut kerana salah.
Tengok boss-boss Uncle, naik turun court demi menegakkan kebenaran. Sedikit pun mereka tak gentar. Mana pakai gambar memerang. Mereka hadap, berani kerana benar. Slogan SCRUT jelas,
“Integrity is our dignity.”
Demi Allah, jika wujud pengkhianat di dalam SCRUT, Uncle akan pastikan hidup dia tidak akan selamat selama-lamanya!
Buat entiti bernama, Nadia Nadima.. Uncle tunggu laporan rasmi..
Jika tidak, ia amat jelas perbuatan salesman dan kapitalis industri yang ingin memburukkan SCRUT dengan cara bacul dan pengecut. Pengecut kan? Takut kan?
Betul tak?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0ryBCMdhbAhghUhUwbLNebBezZo8ZXrcfwPirs6rob82uSxu3t5oaRgT3RfH5w46Cl