fbpx

Antara Punca Warning Light menyala pada meter kereta?

Simbol amaran di mana ECU (Electronic Control Unit) telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan enjin kereta anda.Jika lampu…

Simbol amaran di mana ECU (Electronic Control Unit) telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan enjin kereta anda.Jika lampu amaran ini menyala,anda perlu lah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk berlaku.

Antara Punca yang menyebabkan lampu amaran menyala?

Oksigen sensor ialah penyebab utama lampu amaran check engine menyala.Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter yang akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal campuran bahan api di combustion chamber.Membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal jumlah bahan api yang perlu digunakan.Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan.

Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap dan ECU akan menambah jumlah campuran bahan api dalam combustion chamber.Jika tiada isyarat dari sensor ke ECU oleh sebab masalah atau kerosakan,ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak dan menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak.Oksigen sensor akan kurang bertindak balas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos ialah plumbum dan sulfur.Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor.

Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah :

Membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow tetapi jika tidak berjaya,anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga yang berpatutan mengikut jenis kereta.Tidak rugi untuk menukarnya kerana tidak diganti anda akan kerugian dari segi penggunaan bahan api yang banyak.

Hubungi Kami:

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for SII :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232,Lorong Auto Nibong Taman U-Than

Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/187129386292580