fbpx

Apa benda tulis-tulis kat tayar tu? Macam mana nak baca?

Jangan ingat tulis-tulis tu jampi serapah entah apa benda tau!

Jangan ingat tulis-tulis tu jampi serapah entah apa benda tau!

Tulisan kat tayar tu ada maksud dia.

Kita belajar la sikit apa tulis tu. Barulah kita tahu apa bendanya.

Rujuk gambar:

P 195/55R16 87V

Kita tengok satu-satu ye.

1. Huruf pertama merujuk kepada jenis tayar.

P = kereta penumpang.

LT = Light truck.

ST = special trailer

T = temporary (tayar gantian; kena tukar cepat)

2. Nombor seterusnya (contoh: 195) merujuk kepada lebar tayar.

Dikira poin paling lebar antara side wall ke side wall. Biasanya permukaan tayar yang bersentuhan tu lagi kecil dari lebar ni.

Ukuran dikira dalam milimeter.

3. Nombor selepas simbol palang (/) (contoh: 55) merujuk kepada nisbah tinggi tayar kepada lebar tayar.

Contoh: tinggi 55% daripada lebar tayar.

Unit dalam peratus (%).

4. Huruf seterusnya (contoh: R) merujuk kepada cara susunan fabrik tayar.

B: bias belt

D: diagonal

R: radial

Paling biasa ialah radial. Menunjukkan ‘wayar-wayar’ disusun 90 darjah dari arah perjalanan tayar.

5. Nombor seterusnya (contoh: 16) merujuk kepada saiz rim.

Saiz rim kita biasa dengar macam 15, 16, 17, 18 gitulah.

Nombor ni semua biasanya dalam unit inci.

6. Nombor seterusnya (contoh: 87) ialah indeks beban yang boleh ditanggung tayar.

Nombor ini merujuk kepada beban yang boleh ditanggung SETIAP tayar.

Kalau 4 tayar tu, maknanya kali 4 beban yang boleh dibawa.

Contoh:

87 = 545kg

x4 = 2180kg

Kira oklah ni. Proton X70 yang berat tu pun, curb weight dia dalam 1,675kg.

Indeks beban ni banyak kalau nak senaraikan. Google je senang.

7. Huruf yang terakhir (contoh: V) ialah had kelajuan.

Kat sini kita kena sedar diri. Sesuaikan tekan pedal minyak tu dengan had kelajuan yang dibenarkan kat tayar sendiri.

S: Maksimum had laju 180km/jam

T: Maksimum had laju 190km/jam

U: Maksimum had laju 200km/jam

H: Maksimum had laju 210km/jam

V: Maksimum had laju 240km/jam

Z: Maksimum had laju 240km/jam

W: Maksimum had laju 270km/jam

Y: Maksimum had laju 300km/jam

OK?

Gitulah sedikit sebanyak maklumat yang kita boleh baca dari tulisan kat tayar tu.

Ni basic dia.

Bagitau kawan-kawan tau. Ramai yang tak tau ni.

Nak hantar kereta ke Bengkel Scrut Auto?

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Macam-macam kereta kami buat.

Ranger, Hilux, BMW, Merc, Volkswagen, Range Rovers, GTR, Ferrari, Lamborghini, Vellfire, Alphard etc.

Original post:https: //www.facebook.com/myscrutauto/posts/251404379865080