fbpx

Apa? Data dari scrut tidak tepat?

Baru-baru ini ada seorang anak taukey merangkap salesman kereta recond beriya-iya dia buat video terangkan pasal ketidaktepatan data SCRUT. Walhal, dia boleh je pm tepi kami tanya balik, selepas dia rasa ada yang tak kena.

Baru-baru ini ada seorang anak taukey merangkap salesman kereta recond beriya-iya dia buat video terangkan pasal ketidaktepatan data SCRUT. Walhal, dia boleh je pm tepi kami tanya balik, selepas dia rasa ada yang tak kena.

Anyway, biasalah. Salesman kot. Inilah kesempatan yang dia nantikan. Selama ini Youtube channel dia pun sendu je. Tak sampai 1k view pun. Bila cerita pasal SCRUT, barulah naik sikit. Anyway, since ramai juga yang tag minta kami jawab. Memang nak jawab, tapi kami tunggu jawapan MOT.

1. Data yang kami keluarkan, bukan data milik kami. Kami hanya tarik data dari auction houses di Jepun dan MOT di UK. Jika ada kesilapan, maka ia bukan dari pihak kami at the first place.

2. Dalam berpuluh ribu data yang kami telah keluarkan selama setahun ini, hanya 1 sahaja yang mungkin tersilap. Maka ia kurang dari 1% pun.

3. Sudah pasti sistem kami dan data provider kami tidak sempurna. Kami semua bukan tuhan yang maha sempurna. Sudah pasti ada kesilapan dan kecacatan untuk membuktikan kami ini makhluk yang tidak sempurna.

4. Dari apa yang dia sampaikan, dia pun tahu MOT yang tidak update bila dia semak dalam web MOT sendiri.

5. Hal ini mungkin terjadi kerana interchange no plate kereta yang ada rekod sebelum ini dengan chasis nombor kereta tersebut tidak diupdate. Atau interchange dibuat sebelum diexport ke Malaysia.

6. Kami telah bertanya kepada pihak MOT, jawapan mereka, kereta itu telah diupdate dengan no plate baru pada 20/01/2020. Boleh rujuk updated report yang dikeluarkan oleh MOT. Sini : https://scrut.my/chassis/uk/WP0ZZZ98ZJS202355/report… . Maksudnya mereka telah buat interchange nombor sebelum ia dieksport.

7. Ini “kungfu” biasa kereta recond yang diimport dari UK ditukar no platenya dahulu sebelum dieksport, supaya record di HPI atau MOT tidak dijumpai.

8. Dalam video itu beriya-iya juga dia nak kasitau dia jual kereta yang bagus-bagus. Tak faham aku kenapa macam desperate sangat nak cakap macam tu. Kalau kau jual kereta bagus selama ini, patutnya kau happylah dengan kewujudan SCRUT. Sebab kami dah bantu membasmi competitor dia yang jual kereta sampah.

9. Just tertanya-tanya, dia jual kereta recond pakai AP siapa? AP kereta recond ni kan untuk Bumiputera saja?

10. Dalam masa yang sama, dia pun tak tunjuk document seperti borang kastam atau AP. Jadi macam mana kami nak semak semula dengan cepat.

11. Dalam record yang diupdate oleh MOT, mileage adalah 6000 miles, so lebih kurang 10,000 km. Kerata quite new lah.

12. Dia juga ada komen pasal Sii (SCRUT INTEGRITY INSPECTION) yang dijalankan oleh SCRUT AUTO. Untuk pengetahuan semua, Sii itu dibangunkan oleh mekanik profesional yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri. Bukan pelajar hospitaliti atau salesman kereta. Setiap 120 point check itu ada reasoning dan justification-nya.

13. Anyway, terima kasih semua yang tag kami.

Jadi kalau nak beli kereta, pastikan SCRUT dulu!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

——

1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Tips beli kereta recond dan second hand car aka used car.

https://www.facebook.com/581817132303470/posts/899034053915108/

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/974085049743341