fbpx

Apa Itu SCRUT?

Scrut (sebut skroot) datang dari perkataan “scrutinize, scrutiny” yang membawa maksud “critical observation or examination”. Dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan dengan maksud pemeriksaan yang teliti. Kalau bahasa arab adalah “tabaiyun atau tatsabbut”.

Clear?

SCRUT dibangunkan secara tak sengaja oleh 2 co-Founder kami, Nik Izwan Kamel dan Aliff Ahmad melalui syarikat kami, Ifcon Technology Sdn. Bhd ketika waktu sahur mengambil cabaran #GodamSahur. SCRUT dibangunkan hanya main-main dan MVP sahaja. Ia disiapkan dalam masa 3 malam sahaja.

Ifcon Technology adalah IT firm dan Software house yang mempunyai kapasiti dan pengalaman membangunkan apa-apa yang berkaitanan IT dan software seperti web, mobile, system, applications, iot, blockchain technology, cryptocurrency, ai, big data dan lain-lain.

Janganlah anggap kami buat duit dengan SCRUT ini saja. Ya, tak dinafikan SCRUT menaikkan semangat kami, membuka minda kami dan membuatkan kami lebih percaya diri untuk membangunkan apps sendiri.

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT ANDA PENYOKONG SCRUT!

Selama ini kami bangunkan apps atau software untuk client, dapat payment kami happy. Tetapi SCRUT membuatkan kami rasa sungguh terharu, ada yang ucap terima kasih kerana selamat dari ditipu, dapat rebate dan ramai yang mendoakan keselamatan kami.

Yelah, kami diugut, diancam dan sentiasa dicari salah kami. Yang paling dahsyat setakat ini, tabung bounty untuk menutup SCRUT. Kami percaya, walaupun kami tidak maksum, niat baik kami pastu mendapat ganjaran besar dari tuhan rabbul jalil.

Doa dan harapan kalian menjadikan kami lebih progresif melawan arus ini. Memandangkan kerajaan tidak menyokong kita, kami telah mengkaji pelbagai sudut untuk memastikan nasib kita sebagai pengguna terbela. InsyaAllah, kami akan umumkan nanti.

Untuk mereka yang baru mengenal kami. Rajin-rajinlah scroll wall ini. Macam yang kami terangkan di atas, kami tidak 24 jam di SCRUT.

Terima kasih kerana terus menyokong kami, mempertahankan kami, bergurau senda dengan kami walaupun tidak mengenali di dunia sebenar dan yang paling penting mendoakan kami.

Ingat, get SCRUT before WE get SCREWED!

Ditulis oleh,
Admin Senior
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/photos/a.584855218666328/651628098655706/