Apa perbezaan beli kereta baru atau kereta terpakai?

Admin
in SCRUT On Media
May 8 ·

Aku ada ajukan persoalan di “platform” Threads yang mana soalan dia selalunya orang lebih cenderung beli kereta terpakai atau kereta baru.

Aku boleh katakan 60% sokong untuk beli kereta baru dan selebihnya lebih setuju untuk beli kereta terpakai.

Pada aku pula, ianya sangat subjektif. Ada orang suka nak pakai kereta yang berjenama atau kereta conti yang mana kalau beli baru memang mahal ataupun model tu dah tak ada di dalam pasaran baru.

Kalau beli kereta lama yang mungkin ada sentimen minat, memang dengan beli secara terpakai sahaja dapat realisasikan impian tu.

Kalau mana yang beli kereta baru ni mungkin keadaan kewangan yang stabil atau kalau beli kereta yang marhaen seperti Myvi, Axia Kompang pun bagi mereka okay janji kereta baru yang tak perlu fikir banyak untuk baiki.

Apa-apa pun, semuanya bergantung pada anda sendiri. Mana yang selesa untuk memiliki.

Kalau nak beli kereta terpakai, pastikan tanya penjual kereta keadaan sebenar kereta tersebut.

Kalau nak kepastian, pergi ke www.scrut.my untuk dapatkan laporan sejarah kemalangan kereta tersebut.

Screenshot

Boleh ?

Pendapat rakyat jelata di Facebook ni pula bagaimana?

Original post:

    Leave a Reply
    created with