Kereta scrap ni adalah kereta klon dari Singapore. Kereta yang dah berusia 10 tahun dan sepatutnya dilupuskan.
Jika kereta scrap ni dibawa masuk ke Malaysia, sepatutnya kereta digunakan sebagai alat ganti sahaja. Penjual akan bawa masuk kereta scrap yang model dan warna keretanya yang sama dengan kereta yang dah sedia ada dalam Malaysia. Itu lah namanya kereta klon.
SINDIKET JUAL KERETA KLON
Dah banyak kes orang Malaysia beli kereta scrap atau klon dari Singapore. Yelah, harganya murah. Mesti lah ramai yang rambang mata!
Kebanyakkan yang menjual kereta klon Singapore di Malaysia ni adalah sindiket. Penjual biasanya cari pembeli dulu sebelum bawak masuk kereta ataupun cara pembeli kemudian.
Bila kereta dah dibawa masuk ke Malaysia, mereka akan park kereta di kondo-kondo ataupun tempat parking berbayar sampai lah ada pembeli. Bila pembeli nak ambil kereta, mereka suruh je pembeli datang ke tempat parking kereta tu.
Semua proses pembelian akan dilakukan secara online ataupun mereka gunakan runner yang mungkin tak tahu apa-apa. Jadi, anda tak akan tahu siapa pemilik sebelumnya.
Dokumen-dokumen juga mungkin dibuat-buat je untuk tunjuk yang mereka tu ‘legit’. Penjual kereta scrap ni akan elak dari berjumpa dengan pembeli untuk pastikan tak ditangkap.
APA JADI KALAU KITA DAH BELI KERETA SCRAP?
Silap hari bulan jika ditahan JPJ, kereta kita boleh dirampas. Maka kita jadi tak berkereta lah. Duit pun boleh ucap selamat tinggal, memang susah lah nak dapat balik. Akhirnya, kena beli kereta lain pulak.
Kesimpulannya, jangan gatal-gatal beli kereta scrap atau klon. Ya, harga memang murah tapi esok lusa duit terbang, kereta pun hilang.
Lebih selamat jika anda beli kereta recond ataupun secondhand. Apa-apa pun SCRUT dulu!
—
SCRUT for the TRUTH!
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1266131290538714