fbpx

Bagaimana nak scrut usahawan konon hebat dan berjaya-berjaya?

Ramai orang tunjuk hebat dan kaya dalam dunia ni. Biasanya mereka akan potray diri mereka sebagai USAHAWAN berjaya atau TECHNPRENEUR hebat.

Ramai orang tunjuk hebat dan kaya dalam dunia ni. Biasanya mereka akan potray diri mereka sebagai USAHAWAN berjaya atau TECHNPRENEUR hebat.

Mula-mula sekali, kau kena bagi definisi BERJAYA dan USAHAWAN dengan betul. Harus dibezakan USAHAWAN dengan PELABUR.

—-

Siapa itu USAHAWAN atau TECHNOPRENEUR?

Peniaga yang memulakan perniagaan dengan USAHA sendiri dan terus berusaha untuk kekal relevan dan terus berkembang.

1. Mesti memiliki syarikat sendiri.

2. Bangunkan dan jalankan syarikatnya.

3. Mula bangunkan syarikat dengan modal atau skill sendiri.

4. Memiliki sekurang-kurangnya 3 orang pekerja dalam setiap masa dan keadaan.

5. Mesti memiliki syarikat yang sekurang-kurang telah sustain 2 tahun.

6. Takda masalah pembayaran gaji pekerja.

7. Bukan menjual produk sampah atau psuedosains.

—-

Rasionalnya :

1. Kalau kau takda syarikat sendiri, kau hanyalah kuli atau investor, celah mana kau usaha-wan kan?

2. Sudah pasti kaulah kena bangunkan dan jalankan syarikat kah, usahawan mesti ada pengalaman bangunkan dan jalankan (manage & operate).

3. Modal sendiri dan skill sendiri bukti kau bukan proksi atau alibaba.

4. Kalau kau kerja seorang diri, itu kau kerja sendiri, bukan kerja bersyarikat.

5. Sustain lebih 2 tahun bukti kau benar-benar berniaga dan bukan sekadar hit & run atau sembang kencang.

6. Bayar gaji pekerja dengan baik bukti kau adalah usahawan adalah usahawan mesti bersikap defensif terhadap pekerja. Kalau kau tak bayar gaji pekerja, baik kau takyah buka syarikat.

7. Usahawan ialah manusia bermaruah, dia tak jual produk scam, buat scam atau sekadar nak buat untung semata.

APA ERTI BERJAYA atau HEBAT?

1. Syarikatnya beraudit.

2. Syarikatya buat untung. Jika rugi pun, significant punya rugi.

3. Pekerja dibayar gaji tanpa masalah.

4. Lagi ramai yang dia menggaji orang, lagi berjaya dan hebatlah.

5. Syarikat sudah sustain lebih 3 tahun.

6. Dia aktif berniaga buat untung, jual produk atau servisnya. Bukan jual share.

7. Bukan jadi “Mat Pitching” sedang syarikat kau huru hara at loss, gaji pekerja pun sangkut.

—-

Jadi bagaimana nak kenal USAHAWAN hebat dan berjaya? Sebelum apa-apa.. Sebelum pergi jauh. Kau kena SCRUT syarikat dia. Macam mana nak SCRUT? Kau beli laporan syarikat dia.

Dekat mana? Macam mana?

Kau confirmkan nama syarikat dia atau no syarikat dia, kau SCRUT kat sini..

Sini -> https://interepo.com/

Sini -> https://interepo.com/

Sini -> https://interepo.com/

Sebelum kau deal dengan dia, sebelum kau rasa dia hebat, apa dia sembang kencang tu benar. Kau SCRUT dulu!

SCRUT for the TRUTH!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/792308881254293