fbpx

Benarkah Ebit Lew difitnah?

Uncle nak komen sikit. Dalam kenyataan Ebit Lew, dia mengatakan,

Uncle nak komen sikit. Dalam kenyataan Ebit Lew, dia mengatakan,

“Sebenarnya, saya baru tahu mengenai pendakwaan ini beberapa hari lepas dan saya agak terkejut. Saya datang ke Sabah bukan rancang untuk ke mahkamah, saya dalam misi melakukan kerja amal,” katanya.

Dan, “Saya yakin dan percaya perkara ini sesuatu yang sudah dirancang oleh sekumpulan individu dan ia bukan dirancang dalam sehari dua.”

Rujuk : Utusan Malaysia, Tenom, 18/2/2022

Uncle nak cerita sedikit tentang bagaimana pendakwaan dibuat. Mari sini baca, jangan jadi usop, taasuber, walabit dan taasubit. Kita kena berlaku adil, terutama kepada mangsa.

1. Mangsa yang telah membuat laporan polis.

2. Polis kena siasat dan mengumpul bukti-bukti. Kemudian diserahkan kepada pihak pendakwaan (AGC).

3. Pihak polis juga boleh mencadangkan untuk didakwa di atas seksyen apa.

4. Pihak AGC pula akan mengkaji kertas siasatan berserta bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak polis.

5. Jika pihak AGC merasakan hasil siasatan tidak kuat, pihak AGC boleh memulangkan kertas siasatan dan meminta siasatan mengemukakan bukti-bukti lain.

6. Pihak AGC juga boleh mengarahkan laporan tersebut di-NFA-kan (No Further Action) jika mereka merasakan ia benar-benar tidak ada kes.

7. Untuk kes Ebit Lew ini, pihak AGC merasakan terdapat kesalahan yang boleh dibuat pertuduhan iaitu 11 pertuduhan.

Uncle kira pihak polis telah melakukan siasatan dan mengumpul bukti dengan baik dan diserahkan kepada AGC. Pihak AGC juga telah mengkaji dan mengalisis kertas siasatan dan bukti-bukti yang dibawa oleg pihak siasatan.

Maka, tidak wajar ia masih diulang dan diuulang kononnya ia fitnah yang dirancang. Kenyataan-kenyataan Ebit Lew jelas bercanggah dengan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Seri Jalil (DSJ) yang menyatakan ia bukan fitnah.

Rujuk video di bawah.

Uncle just nak sebut pepatah Melayu purba yang berbunyi,

“Kalau takda angin, masakan pokok bergoyang. Kalau takda yang usik, masakan ibu boleh mengendung. Kalau takda bukti, masakan ada pendakwaan..”

Kan?

Biarlah mahkamah menentukan, kenapa nak dipersalah pihak itu dan pihak ini seolah-olah pihak siasatan dan pendakwaan buat kerja main-main.

Ebit Lew bukan ahli politik, jangan kaitkan dengan politik, unless nak kasitau dia ada kena mengena dengan Zahid Hamidi, sebab sebelum ke Sabah dia pergi jumpa Zahid kan?

Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=5051433761589021