fbpx

Benarkah timbalan menteri pertahanan daripada Bersatu/PPBM (PN) tiada kena mengena dengan syarikat Ma Analytics SDN BHD?

Ada saing Uncle dari Kelantan minta Uncle SCRUT company ni. Mula-mula Uncle macam malas, tapi lepas tau yang Timbalan Menteri Pertahanan ni seorang AP holder.

Ada saing Uncle dari Kelantan minta Uncle SCRUT company ni. Mula-mula Uncle macam malas, tapi lepas tau yang Timbalan Menteri Pertahanan ni seorang AP holder. Uncle pun minta izin nak gunakan SCRUT ANALytica. Lagipun follower-follower SCRUT tak percaya sangat apa yang politikus di luar cerita pasal MA Analytics ni. Dia juga calon MP Tanah Merah untuk PRU kali ini melalui PPBM-PN.

SCRUT ANALytica ni biasa akan detect common director, common shareholder, common name dan common company secretary (cosec). Kemudian, ia akan crunch cerita-cerita daripada Google. Apabila sistem dah trigger, baru Uncle akan SCRUT 1-by-1 guna @Interepo (www.interepo.com) lah.

Kita mulakan siapa timbalan menteri pertahanan ni?

Timbalan Menteri Pertahanan bernama Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz. Dia MP Bersatu (PPBM) dan dia juga pengasas bersama dan AP Holder kepada syarikar T.J.M Sdn. Bhd. bersama sahabat karibnya Mohamed Nazari bin Noordin. Juga MP Umno Tanah Merah yang lompat ke PPBM setelah Umno tewas PRU yang lalu.

Kini TJM dikawal oleh anaknya yang bernama Ikmal Haqemi. Ohya, kalian masih ingat kes Ikmal Hisham ni pernah minta surat sokongan kepada PM Ismail Sabri untuk menyokong anaknya, Ikmal Hazlan untuk mendapatkan seat director di Pharmaniaga Bhd. Sudah kaya masih mahu jawatan korporat?

Nota : Cosec TJM ialah *Cheok Kim Chee*

-=MA Analytics Sdn Bhd.=-

Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan tahun 2020 dan cosec-nya ialah *Cheok Kim Chee. MA analytics ini baru sahaja diberikan projek daripada Mindef sebanyak RM800 juta. Dahsyat kan? Company baru ditubuhkan terus dapat projek RM800 juta! Cash balace syarikat hanya RM14,000 sahaja!

Yang lebih menarik, MA Analytics ini pada awal penubuhannya dimiliki oleh :

1. Abdul Karim bin Hamzah

2. TJM Oil and Gas

3. Nadzrin Azrai bin Ruslan.

Manakala TJM Oil and Gas ini pula dimiliki oleh :

1. Ikmal Hazlan bin Ikmal Hisham

2. Mohamed Ridzwan bin Mohamed Nazari

(cosec : Cheok Kim Chee)

Update terbaru :

TJM Oil and Gas telah keluar daripada MA Analytics. Tinggal Karim dan Nadzrin. Yang menariknya, cosec juga ditukar ke cosec yang barh iaitu Ahmad Rustam dan Jazley.

TJM Oil & Gas juga telah ditukarkan nama kepada Ilhamin Trading. Kenapa tukar ya?

Persoalan??

Bagaimana mana syarikat baru boleh ada cash balance RM14 juta siapa yang pump? Director-director muda tu punya duit ke? Shareholder-shareholder tu ke? Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tolong check.

Walaupun mereka sudah keluarkan TJM Oil and Gas daripada MA Analytics, tukar nama TJM Oil and Gas kepada Ilhamin Trading. Selain historical footprint di SSM tidak dapat dinafikan, masih ada lagi link lain.

Uncle menemui petertemuan diantara Abdul Karim Hamzah dan Ikmal Hazlan di 2 syarikat lain.

1. Aerodyne Oil and Gas Sdn. Bhd.

2. Aerodyne Cormag Sdn. Bhd.

Ikmal Hazlan dan Karim partner dengan Aerodyne, Karim juga shareholder dalam Aerodyne Cormag. Nampak tak kaitanya? Pusing-pusing pun mereka tetap partner.

Aerodyne ni mana datang pula?

Kalian masih ingat syarikat tempatan yang konon nak buat kereta terbang tu? Alah, yang dapat geran RM20 juta daripada MIGHT tu. Apa jadilah dengan kereta terbang tu kan? So, bila nak dapat tengok kereta terbang ni? Konon taknak re-batch E-Hang dari China tu.

Uncle rasa percubaan timbalan menteri pertahanan nak menafikan penglibatan keluarganya dalam MA Analytics setelah dia tukar shareholder, cosec dan nama syarikat amat kurang cerdik. Macam kereta recond lah, data dan history sebenar masih boleh dijejaki dengan SCRUT!

Kalian nak percaya politikus ke nak percaya data dan fakta yang Uncle keluarkan ini? Nak kata PN bersih? Kalian nilailah sendiri..

Jangan biarkan diri anda terus ditipu! #SCRUTdulu!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

——Wajib Baca!—-

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my/

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing/

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Tips beli kereta recond atau used car.

5. Nak jadi gang SCRUT? Dapatkan tshirt SCRUT.

https://ifmal.com/…/get-scrut-before-we-get-screwed…/…

6. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

7. Nak renew insurance, roadtax, lesen dan tukar nama kenderaan?

https://carver.my/

8. Nak bersedekah dan infaq di tempat yang dipercayai?

https://waqf.io/

9. Nak tuntut kerugian melalui peguam bertauliah?

https://tuntut.my/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02k42G3HLin1LGKPm8fb2T4TvjLzaozG9RTSh7wyVBHi17RmS1LtdyMz9tGwVfurGEl