fbpx

Broker kereta recond penipu kata,“Scrut ada agenda lain!”

Dari tahun lepas lagi, bila SCRUT wujud dan memberi tamparan hebat kepada industri kereta recond, ada yang cuba mengaitkan kami dengan pelbagai spekulasi dan buat fitnah. Konon kami ada agenda tersembunyi.

(amaran : panjang sikit)

Dari tahun lepas lagi, bila SCRUT wujud dan memberi tamparan hebat kepada industri kereta recond, ada yang cuba mengaitkan kami dengan pelbagai spekulasi dan buat fitnah. Konon kami ada agenda tersembunyi.

Sebelum tu, kau baca sini dulu :

https://blog.scrut.my/kenapa-scrut-tak-sebut-dengan-jelas-…/

Selama ni kami tak berminat nak cerita tentang hal peribadi, keluarga dan kawan-kawan rapat. Memang malas nak layan, tapi hari ni, ada orang tanya pula. Dah alang-alang orang tanya, sempena ulang tahun pertama SCRUT ni, kami nak ceritalah sikit kisah suka duka kami.

SCRUT ini sebenarnya 4 orang. Seorang menantu AP holder, seorang lagi anak saudara AP holder, seorang lagi broker kereta recond, dan lagi seorang mangsa penipuan industri kereta recond.

Jadi, nak kasitaulah. Kami ni memang tau hal industri ini dan kami memang dari dulu tak puas hati dengan industri ini kerana penipuan-penipuan dan penindasan demi penindasan yang berlaku.

—-

Kisah broker kereta recond

Sebenarnya SCRUT ni hasil dari inspirasi dialah. Selama ini dia memang bawa masuk kereta yang gred 4 ke atas je, low mileage original. Tak pusing.

Tapi dia susahlah nak jual. Sebab nak kena compete dengan kereta R mengaku tiptop condition, accident free, low mileage. Competition jadi tak adil. Dia modal tinggi, orang lain modal rendah.

Masyarakat ingat sama je. Dia tak boleh turun harga dah, gang penipu boleh turun lagi. Jadi dia payah nak jual. At the end, lepas tu dia jual pre order je.

Bila SCRUT wujud, fair competitionlah. Kau bawa kereta murah, kereta R, jual murah. Kau bawa masuk kereta gred 4-5, kau boleh jual mahal sikit.

Tapi kan, korang pernah nampak tak SCRUT promote mana-mana broker atau salesman? Dealer? Takda kan?

Kisah mangsa industri

Ini paling menyayat hati. Konon beli kereta dekat kawan, best friend selamatlah. Kawan pun dengan confident cakap tak pusing, tak usik apa-apa. Tiptop condition!

Beli recond conti. Sekali lepas 1.5 tahun je pakai, turbo hancur berkecai, absorber kong, bearing-bearing semua barai, keluar asap putih.

Yang lebih tragis, hari kereta itu barai adalah hari dia nak pergi jumpa bakal mak pak mentua dia. Tersadai tepi highway dan terpaksa mungkir janji.

Konon nak tunjuk steady datang awal, bawa conti turbo. Sekali berterabur di tepian jalan. Dengan baju fengtau dan rambut pacak pakai wax, duduk tersadai tepi highway sambil tunggu tow truck.

Lepas dah boleh SCRUT conti, rupanya kereta itu mileage 80,000 miles bukan km. Masa beli konon 8000km! Kena con dengan kawan sendiri!

—-

Kisah Menantu AP Holder Sri Changgong .

Disebabkan dia ni yang paling popular, mungkin broker-broker kereta recond sebelum ini pernah try anak AP holder ni tak dapat, diorang meroyan sampai hari ini.

Dia ni bukan kerja dengan Sri Changgong pun, tak jual kereta Sri Changgong pun. Beli kereta sendiri pun pakai AP kawan-kawan lain. Lelaki sejati mana pakai harta mentua bro. Bukan macam kau! Nak nyendeng ada makna.

Masa SCRUT dilancarkan, kami dah tanya siap-siap, dia jawab steady je,

“Aku business IT, bukan jual kereta.”

“Kalau Sri Changgong buat masalah, apa kena mengena dengan aku. Aku bukan makan duit Sri Changgong pun.”

Jelas, nyata dan tegas!

Tahun lepas pun raya takda issue pun katanya. Semua orang profesional. Confirmlah ada yang bising-bising kat pak mertua dia tu. Point dia mudah, kalau kita buat benda salah, kita salah. Buat benda betul, kita betul.

Korang pernah nampak kami promote Sri Changgong atau mana-mana dealer lain? Orang tanya ada dealer bagus? Boleh recommend? Ada kami recommend? Kami suruh SCRUT dulu. Tak kisah siapa dealer, siapa AP holder semua kena SCRUT dulu.

Kalau kata Sri Changgong ada buat masalah, diorang ada buat jahat ke, kau ada bukti, kau buatlah report dekat pihak berwajib. Ada kami kisah? Ini nak sembang pasal Sri Changgong pun takut, pakai fake account bagai. Nak kami tolong cakapkan kau nak jadi broker Sri Changgong ke?

—-

Kisah anak saudara AP holder

Disebabkan dia ni paling tak popular. Tiada siapa kenal dia. Tapi dialah tulang belakang yang kenalkan kami dengan supplier kereta di Jepun sehingga kami dapat kenal syarikat yang ada connection semua auction houses di Japan. Kalau uncle dia tau, mesti dia kena hentam.

Dia pun tak setuju dengan industri ini. Pusing meter dan bawa masuk kereta R tu dah macam norm. Tapi sebab dia makan gaji dengan uncle dia, dia diam jelah. Di

Dia pernah cerita yang uncle dia marah betul dengan menantu Sri Changgong tu. Katanya menantu derhaka. Rosakkan business orang tua sendiri.

“Aku terkekek-kekek gelak..” katanya.

Tapi semenjak 2 menjak ni, kereta-kereta yang uncle dia bawa masuk semua bukan kereta R dah. Dia nilah yang kasitau, ada gang broker yang buat fake report! Ohya, padanlah gang broker yang melantun lebih!

Dah habis baca setiap cerita?

Dalam ingatan korang, nama AP holder atau dealer mana kami pernah sebut dan tibai direct? Tahun lepas, kami betul-betul bantai adalah Farekna Motor.

Kenapa? Pengarah syarikat dia, Azman Shifter yang datang ke wall kami dan maki hamun kami, fitnah kami. Jangan kata kami takut nak jumpa dealer-dealer nilah. Kami sendiri dah gegar showroom dia, dia yang takda.

Azman Shifter hantar gang-gang rempit dia buat riuh, buat fitnah bagai. Bila kami hantar LOD, terus senyap, sepi, dan sunyi. Tak balas pun LOD kami.

Rujuk sini :

Buat AP holder baru Azman Shifter, tak perlulah kau hantar budak-budak rempit yang tak bertamadun untuk menggangu…

Posted by SCRUT on Monday, May 27, 2019

InsyaAllah, lepas kes-kes saman lain selesai, kami akan kutip Azman Shifter ni ke court.

Selain dari itu, kami hanya bash salesman-salesman dan broker-broker yang datang maki kami di wall kami. Yang tak datang tak kena bash pun, kami pun tak ingin nak kenal. Korang pun faham-faham jela, yang benci kami ni, mestilah gang sendikit tipu mileage, tipu gred dan tipu inspection sheet. Itu yang memekak lebih.

Yang mana salesman atau broker yang steady. Siap boleh bergurau-gurau dan bermain-main di laman rumah SCRUT. Sikit pun tak jadi issue. Jadi, buat masyarakat sekalian jika puak-puak broker dan salesman ni tak suka je SCRUT, korang kena alert. Diorang ni mesti bermasalah!

Pasal Naza pula. Kami sebut Naza ada sebab. Sebab pertama adalah, anak arwah Tan Sri yang mula menghina rakyat marhaen dan penjawat awam. Yang kedua adalah ada lalat-lalat yang masuk kata kereta yang Naza bawa masuk gred A saja.

Kami just prove them wrong mengikut survey kami. Kenapa tak kacau AP holder lain? AP holder lain ada kacau kami ke? Salesman-salesman atau broker-broker dia ada ganggu kami ke? Pengarah-pengarah dia ada maki hamun kami ke? Anak-anak AP holder lain ada keluar kenyataan cluster kayangan mengutuk rakyan marhaen dan penjawat awam ke? Takda kan? Kalau ada kasitau sini!

—-

Tak kira lah kau nak beli kereta dekat mana, dekat Naza ke, Sri Changgong ke, Farekna ke, Mofaz ke, G-Mart ke atau Alibaba Motor. Kau tetap kena SCRUT dulu!

KAU TETAP KENA SCRUT DULU!

Ada je kes bukan AP holder punya game yang pusing meter, tapi reseller, salesman dan broker, sebab nak jual mahal atau cepat. Diorang yang main meter dan buat inspection sheet palsu. Ada yang memang AP holder involve, dekat port lagi. Rujuk tips beli kereta recond :

https://blog.scrut.my/10-tip-membeli-kenderaan-recond-reco…/

Kisah ni kami tahu daripada salah seorang AP holder sendiri di Jalan Ampang, dia tidak tahu yang dia dibekalkan oleh ejen adalah kereta yang dah kena pusing. Dia sendiri setiap bulan mesti beli SCRUT report kami dengan secara pukal.

What ever it is, get SCRUT before YOU get SCREWED! SCRUT for the TRUTH!

Buat broker-broker yang butthurt dengan kami, yang konon-konon gentle, pakai nama sendirilah kalau nak fitnah. Kalau betul jantan, letak no ic siap-siap. Kami masuk saman, kau buktikan apa kau kata kami benar. Boleh join Azman Shifter. Setakat pakai fake account melalak macam jantan lemah syahwat, elok kau buang jela kelakian kau.

Padanlah ramai orang tak percaya puak-puak broker ni. Rupanya mungkin betullah dakwaan yang puak broker nilah yang suka pusing meter dan buat fake inspection sheet di kala ramai AP holder dan dealer telah melakukan anjakan paradigma.

Ohya, pasal kami takut? Jumpa dealer? Kah kah kah! Level kami bukan jumpa dealer-dealer semput ni, kami dah jumpa level ada pangkat dalam PEKEMA tu masa mula-mula SCRUT muncul. Kami juga telah rakam pertemuan tersebut.

Kau nak menjual, nak jadi broker. Jual kereta elok-elok. Jangan menipu. Kalau kau jual kereta elok. Tak sepatutnya kau terkesan. Sebab kau jual menipulah kau terkesan dengan SCRUT! Kau marah SCRUT sebab kau penipu kan?!

Baca sini :

KALAU KAU TAK MENIPU, KENAPA KAU BENCI SCRUT?“Jom boikot SCRUT!” kata salesman A.“SCRUT penipu!” kata broker…

Posted by SCRUT on Thursday, August 8, 2019

#HEILB40M40
#NyahKapitalisJahat

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/842357802916067?__tn__=K-R