fbpx

Cara pemanduan yang boleh merosakkan kereta.

Kita beli kereta mahal-mahal, mestilah nak pakai buat jangka masa yang lama…

Kita beli kereta mahal-mahal, mestilah nak pakai buat jangka masa yang lama.

Pernah terfikir kalau cara pemanduan kita tu sebenarnya tak berapa baik?

Jom kita tengok…

.

1. Tak tarik handbrake

Masa parking kereta walaupun jalan tu rata dan bukan kat bukit, tetap kena tarik handbrake!

Kalau tak buat, nanti seluruh berat kereta tu terbeban pada logam dalam parking pawl – sekeping besi saiznya kecil je.

Jadi, parking pawl boleh rosak kalau berat sangat.

.

2. Minyak dah level E

Mungkin tak semua macam ni. Tapi ada sesetengah orang memang suka tunggu minyak dah ada keluar simbol E baru nak isi minyak. Ataupun, dah ada simbol E masih fikir “boleh lagi ni.”

Jangan ya!

Pam minyak yang terendam dalam tangki minyak akan kekal sejuk. Kalau minyak dah kurang dan anda bawak kereta macam biasa je, pam minyak boleh rosak!

Boleh isi minyak bila dah tinggal 2 bar.

.

3. Tukar gear R ke D terlalu cepat

Contoh situasi, nak keluar parking kat mall secara reverse. Tengok-tengok dah ada orang tunggu nak masuk parking. Terus gelabah nak reverse dan ciao.

Kalau teruskan tabiat ni, trenpacu boleh rosak.

.

4. Tekan minyak habis & brek mengejut

Masa tengah marah, bawak kereta laju-laju. Tekan pedal minyak rapat sampai ke lantai, traffic light tiba-tiba merah terus brek mengejut!

Bahaya!

Tekan pedal minyak kuat boleh menyebabkan pembakaran minyak yang berlebihan. Bila brek mengejut, brake pad dan rotor akan cepat rosak.

Bawa kereta dengan tenang. Kalau nak laju pun, ikut pace yang steady ya.

.

5. Muatan berat

Kalau nak bercuti, jangan lah bawak barang terlalu banyak. Tu belum tambah dengan hasil shopping nak dibawa balik pulak.

Kereta sendat dengan barang-barang dan penumpang. Bila muatan terlalu berat, kereta akan guna lagi banyak minyak. Bila brek, kereta terasa berat dan lambat nak berhenti.

.

.

Elakkan cara pemanduan macam di atas ya. Sentiasa berjaga-jaga supaya kereta tak bermasalah, rosak itu ini. Takde la nanti asyik keluar masuk workshop!

Kereta tahan lebih lama, duit pun selamat.

Hantar kereta anda ke Bengkel Scrut Auto! Macam-macam jenis kereta kami boleh buat.

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/269743828031135