fbpx

Dari mana anak Abdullah Zaik dapat modal buka syarikat Dron (DRONE)?

Tahun lepas ada seseorang tanya aku yang anak Ayatolla ISMA, Dollah Zaik ada buka syarikat dron bernama Aeronerve.

Tahun lepas ada seseorang tanya aku yang anak Ayatolla ISMA, Dollah Zaik ada buka syarikat dron bernama Aeronerve. Maklumlah, aku dan sahabat aku Nik Izwan Kamel sudah lama tidak aktif dalam industri dron negara.

Namun, sebagai orang lama dan otai dalam industri dron, dengan penuh yakin aku jawab,

“Entah, tak pernah dengar pun.”

Rupanya syarikat Aeronerve ini agak popular dan sedang meningkat naik. Nampak gayanya macam punya “backup” modal yang besar dan banyak. Aku main dron dulu takpalah, habis duit simpanan aku bekerja di Australia dilaburkan, rakan kongsi aku pula anak dato, menantu dato dan kawan dato ori juga dato scam. Bukan anak pengutip derma.

Tapi, apabila ada orang tag aku di dinding (wall) akaun seorang walaun (telahan aku) ISMA kerana memberi 1001 alasan yang menghina akal untuk memberi justifikasi RM34 juta yang diambil oleh pengurusan orang-orang ISMA di dalam AP, maka aku pun melakukan semakan kerana dia banyak berkongsi tentang Aureonerve.

Dengan menggunakan www.interepo.com, aku membuat semakan.

Sah! Ia milik anak Dollah Zaik yang bernama Muslim Dollah Zaik bersama rakannya yang aku terlihat dinding akaunnya Nizzal Syafiq. Mereka berdua sebagai pengarah. Aku skrol ke bawah, setiausaha syarikat (cosec) yang tidak asing lagi dengan syarikat-syarikat yang ada kena mengena dengan ISMA-AP, Fauzeah Ahmad Maruwi.

Aku skrol lagi ke bawah, mahu melihat siapakah pemilik saham syarikat. Aku mendapati ia dimiliki 100% oleh syarikat Technerve Technology Solution. Selepas semakan dibuat, ia dimiliki oleh :

1. Samudra Champa 92%

2. Azril Hanafi 4%

3. Muslim Dollah Zaik 4%

Maka selesailah persoalan dari mana anak Dollah Zaik dapat modal. Ia dari Samudra Champa yang dimiliki secara 50-50 oleh Amirul ISMA, Dollah Zaik dan CEO AmanP, Ayatolla ISMA Awang Suffian.

Syarikat yang telah dituduh berniaga dengan AmanP dan buat tunai keluar (cashout) melalui keuntungan beza harga pasaran emas (spread profit) yang melampau. Dalam masa yang sama Dollah Zaik dan Awang Suffian juga berada dalam pengurusan AmanP dan juga pemilik Samudra Champa.

Untung tak jadi anak Abdullah Zaik? Walaupun bukan dato, tapi boleh melabur kepada anak dengan jayanya! Abdullah Zaik memang seorang ayah yang baik. Dia naik kuda, anak naik dron!

Steady!

😜
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02PuYCjtywQE9WLLTon5q2akts98sRmm5Vw7N6FwTFinEnRMtvtBxEvGb5CRTzYaTfl