fbpx

Doa kebaikan kepada pemimpin

Good morning Mat Kilau, Mat Sakau dan Mat Silau sekalian, tengah buat apa tu?

Good morning Mat Kilau, Mat Sakau dan Mat Silau sekalian, tengah buat apa tu? Dah mula bekerja belum? Masih tengah justify perkahwinan dan penceraian parti-parti yang “disembah” lagi ke? Biasalah kena troll balik selepas korang jilat balik ludah korang. Siapa suruh berlebihan masa berpolitik. Kan?

Apa pun, kami bangsa #NonPartisan sentiasa mendoakan kebaikan kepada sesiapa pun pemimpin kami yang sudah sah diangkat menjadi pemimpin.

Imam Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullh berkata,

‎لو أن لي دعوة مستجابة ما صيرتها الا في الامام

“Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”

Ada yang bertanya pada Fudhail, “Kenapa begitu?”

Dia menjawab, “Jika aku tujukan doa tersebut kepada diriku saja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan mendapat kebaikan.”

(Hilyatul Auliya’)

‎اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ وُلَاةَ أُمُوْرِنَا، اَللَّهُمَّ وَفِّقْهُمْ لِمَا فِيْهِ صَلَاحُهُمْ وَصَلَاحُ اْلإِسْلَامِ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ أَعِنْهُمْ عَلَى الْقِيَامِ بِمَهَامِهِمْ كَمَا أَمَرْتَهُمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ وُلَاةَ أُمُوْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ

“Ya Allah, jadikanlah pemimpin kami orang yang baik. Berikanlah taufik kepada mereka untuk melaksanakan perkara terbaik bagi diri mereka, bagi Islam, dan kaum muslimin. Ya Allah, bantulah mereka untuk menunaikan tugasnya, sebagaimana yang Engkau perintahkan, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari teman rapat yang buruk dan teman yang merosakkan. Juga dekatkanlah orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik kepada mereka, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jadikanlah pemimpin kaum muslimin sebagai orang yang baik, di mana pun mereka berada.”

Ingat, hidup kita ini jangan percaya politikus, jangan bergantung dengan politikus dan berpada-padalah dengan politik. Kalian maki sesama sendiri, tuduh sana sini, apa kalian dapat? Marilah menjadi rakyat yang bijak. Yang baik kita sokong, yang buruk kita bantah, yang lawak kita troll.

Sekian, SCRUT for the TRUTH! Mencari kebenaran itu adalah kebenaran..

#NonPartisan

#TakkanMenJilat

#TembakKeliling

#MakanKeliling

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0LytRfgW17q6LhniLBYdsYpDAuwPtDHvJyjmKE5aA74zWdZTUCGfgwPwFnD38Aec8l