fbpx

Dunia ini lebih luas dari wall scrut..

Ada orang sanggup ditipu hanya kerana persepsinya tentang sesuatu yang dia tidak setuju dengan kami. Takpalah itu pilihannya.

Ada orang sanggup ditipu hanya kerana persepsinya tentang sesuatu yang dia tidak setuju dengan kami. Takpalah itu pilihannya.

Cumanya, kami nak ingatkan. Wall kami adalah milik kami, dengan rule kami dan cara kami. Sebagaimana kami hormat cara korang menggunakan lenggok bahasa dan kata ganti nama, mohon hormat juga kami dengan lenggok bahasa kami dan kata ganti nama yang kami gunakan.

Suka kami ingatkan, dunia ini jauh lebih luas dari wall SCRUT. Kau tak perlu emosi dengan kami dan tak perlu paksa kami jadi sesuatu yang mengikut kehendak kau. Kami ada cara kami, kau ada cara kau. Persamaan kita adalah kita sama-sama tak menipu orang dan benci para penipu hendaknya. Mudah-mudahan kita bersama.

Pandangan orang terhadap kami dalam dimensi mereka yang penuh persepsi. Sesiapa yang tak setuju, rasa benci, meluat dan sakit hati dengan cara dan gaya kami, tak perlu susah-susah, button unfollow dan block kan ada?

Buat mereka yang baru kenal SCRUT, bacalah tulisan-tulisan lama kami. Hal ini bukan baru. Tapi janganlah sanggup berenang di sungai yang penuh buaya hanya kerana pemilik feri tak memanggil kau tuan dan berbahasa korporat.

Itu namanya kurang cerdik!

Rujuk semula tentang hal ini ya..

1) https://blog.scrut.my/kau-dan-aku-salahkah/

2) https://blog.scrut.my/scrut-tak-profesional-scrut-tak-korporat/

3) https://careta.my/article/scrut-ada-sebab-dia-samseng

Inilah SCRUT – Wild & rebel!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/917995058685674