fbpx

Fungsi intercooler dan radiator

Rupa dan fungsi lebih kurang sama tapi cara guna lain. Intercooler ni sejenis radiator jugak untuk sejukkan atau kurangkan suhu.

Rupa dan fungsi lebih kurang sama tapi cara guna lain. Intercooler ni sejenis radiator jugak untuk sejukkan atau kurangkan suhu.

Apa fungsi radiator?

Sejenis komponen paling penting dalam sistem penyejukan cecair dalam kereta. Radiator sejukkan coolant dan bendalir di sekeliling enjin untuk serap haba.

Coolant jadi panas bila serap haba. Jadi, bila radiator sejukkan coolant, lagi banyak haba boleh keluar.

Radiator diperbuat dari aluminium dan kadar pemindahan haba lebih banyak. Dia duduk di bahagian depan kereta dan ada celah-celah untuk angin masuk dan sejukkan haba.

Semua kereta yang guna sistem penyejukan cecair mesti ada radiator.

.

Apa fungsi intercooler?

Kereta yang pakai turbo charger atau super charger je ada intercooler.

Fungsinya untuk sejukkan udara yang masuk ke dalam enjin. Intercooler akan mampatkan udara panas.

Intercooler duduk di antara turbo dan enjin intake.

Udara panas yang lalu di celah-celah aluminium akan disejukkan oleh udara di luar bila kereta tengah bergerak. Haba kemudian dibawa keluar dari intake system.

Udara yang mampat akan bercampur dengan minyak untuk dibakar dan hasilkan power untuk gerakkan kereta. Lagi mampat udara, lagi efficient enjin!

Sentiasa periksa intercooler dan radiator kereta anda supaya tak ada aluminium yang bengkok. Serangga atau habuk-habuk melekat dicuci supaya tak halang haba untuk keluar.

Kalau radiator anda bermasalah, cepat-cepat hantar ke Scrut Auto! Terlambat nanti lagi banyak masalah lain pulak.

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/321610746177776