fbpx

Harga pomen bukan pada masa sahaja!

Uncle sangat terkesan dengan shortclip ini. Tahniah kepada mereka yang buat cerita ini. Uncle ingat lagi,

Uncle sangat terkesan dengan shortclip ini. Tahniah kepada mereka yang buat cerita ini. Uncle ingat lagi, dulu masa Uncle kerja part time mechanic, Uncle dihubungi oleh seseorang, katanya dapat nombor Uncle daripada kawan atas kawan. Katanya keretanya breakdown.

Jam waktu pukul 11.43 malam. Aunty kau dah pakai lingarie. Uncle kasitau Aunty kau, Uncle pi tolong kejap orang tu. Uncle dari Parit Sulong, pergi ke exit toll Yong Peng naik moto C70 dengan bawa tools sikit. Uncle dah kasitau siap-siap, Uncle datang saja RM50. Kejadian sekitar tahun 96 macam tu. Dalam kepala, bolehlah Uncle belikan lingarie Sailormoon untuk Aunty kau.

Sebiji macam kes dalam cerita ni. Isu dia fius je. Uncle ada spare. Uncle kan experienced mechanic. So cepat jela Uncle diagnose kereta dia. Kereta Mercedes C class masa tu. Setel tak sampai 15 minit pun. So, Uncle charge dia RM55. RM50 upah runner RM5 fius. Korang tau apa mamat KL tu cakap kat Uncle?

“RM10 dahlah, awak tukar fius je. Tak sampai setengah jam dah siap. Awak cari untung dekat orang lain lah. Tolong-tolong lah saya ni.”

Dia masuk kereta, dia blah gitu je. Hancur luluh hati Uncle sambil terbayang Aunty kau dengan lingarie Sailormoon. Menitis air mata Uncle, nasiblah hujan turun. Aunty kau tak nampak Uncle nangis.

Aunty kau dah buatkan kopi tongkat ali panas atas meja dapur. Dia cakap,

“Abang minum dulu, nanti kita mandi dulu sama-sama ek..”

Malam tu malam cilaka dan malam indah. Hari ini, Aunty kau dalam kenangan jela.

Itu sebab Uncle kasitau siap-siap dekat boss-boss Uncle dekat Scrut Auto tu, make sure strict dan firm dengan harga. Jangan bagi kurang, jangan bagi diskaun. Masyarakat kena respect kerja kita. Pomen atau mekanik ni ibarat doktor. Kami ni doktor. Bezanya kami rawat benda tak boleh cakap. Doktor orang boleh tanya sakit kat mana. Kereta tak boleh kasitau dia sakit dekat mana.

Harga pomen bukan saja pada masa, tetapi, skill, pengalaman dan ilmu dia, tu yang mahal. Begitu juga workshop. Kau tak boleh samakan Rumah Sakit Dr. Bedah dengan Hospital Pakar Laman Anak Raja. Lain kan? Ada bezakan?

Scrut Auto ni dekat Ampang, gated dan guarded. Boss-boss mereka pun level DS (Diagnostic Specialist). DS ni kalau dalam industri workshop macam consultant specialist ler. Bukan bishe-bishe. Sebab itu Uncle cadang untuk menaikkan labor charge untuk skill worker macam pomen ni. Jangan buang harga.

Ingat anak-anak, you pay peanut, you get monkey!

Uncle Awang merindui Aunty Normah.

(Aunty Normah 1965 – 2017)

Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=470597834432254