fbpx

Jangan jadi taasuber!!

Uncle usya je beberapa individu yang menggelabah untuk mempertahan individu-individu yang mereka telah menjadi sebahagian kultus.

Uncle usya je beberapa individu yang menggelabah untuk mempertahan individu-individu yang mereka telah menjadi sebahagian kultus.

Semalam Uncle share posting pasal Nouman Ali Khan dan Archbishop Adelaide. Sebelum ini pasal Sai Baba scammer. Ada juga yang tulis pasal Harun Yahya.

Kesemua naratif tulisan ini terbina hanya untuk memberitahu jangan taasub dengan individu-individu yang berwajah agama, bermulut agama dan berwatak agama.

Taasuber ini adalah kultus. Mereka in-denial. Mereka cuba cari ruang untuk mengangkat tokoh yang mereka “sembah”. Dalam tulisan yang Uncle share semalam. Mereka tak bising pasal archBishop, tapi pasal Nouman Ali Khan.

Walhal Nouman Ali Khan telah admit kesalahan-kesalahan dan mengisytiharkan taubat. Siapa yang follow kes dia, mesti tau. Para ulama’ juga telah mentahzir dia.

Ada yang berpandangan tidak boleh sebarkan aib dan kesalahan yang lalu. Uncle katakan kita berbeza pandangan. Jika untuk mengambil pengajaran Uncle memilih pandangan membenarkan.

Jika tidak kita tak boleh sebut kesalahan-kesalahan untuk mengambil iktibar. Kisah-kisah lalu yang masih disebut seperti kisah Ibu Muljam membunuh Ali, Hajjaj memerangi Ibnu Zubair dan lain-lain.

Untuk zaman ini, penyelewengan dengan wajah, mulut dan watak agama amat memerlukan contoh supaya masyarakat tahu yang mereka ini bukan semuanya baik, mereka tidak maksum, dan ada yang benar-benar penunggang agama.

Naratifnya mudah. Sekirang ada kes sebegitu masyarkat akan bersedia menolak dan berlaku adil. Jika tidak, mangsa-mangsa mereka takkan berani tampil dan terus trauma serta depression. Lebai-lebai macam Ustaz Madi terus besar kepala.

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1118556858634731

https://www.facebook.com/aLiph.My/posts/131879039138252

#JanganTaasub

-Uncle Awang

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1163684250783419