fbpx

Jangan silap masa jump bateri kereta!

Kadang tetiba kereta tak boleh start.

Kadang tetiba kereta tak boleh start.

Sebab bateri lemah.

Lepas tu, kita tau jugak, ramai yang pernah tengok orang lain jump kereta.

Tapi tak semestinya kita tau cara yang betul.

Jom kita belajar sikit…

.

.

1. Kenali terminal positif & negatif

Benda paling basic yang kita kena tahu sebelum jump bateri kereta ni mestilah kena kenal terminal positif dan terminal negatif.

?Terminal positif:

Bersaiz lebih besar dari terminal negatif, ada tanda ‘POS’ atau ‘+’ dan disambungkan pada klip berwarna merah.

?Terminal negatif:

Ada tanda’NEG’ atau ‘-‘ dan disambungkan pada klip berwarna hitam.

Sebelum sambung klip kabel pada terminal, pastikan bateri kereta kita tak berkarat, retak, bocor atau rosak.

Lepas tu, jangan jump start bateri kering ya!

Dan jangan sentuh bahagian kereta atau klip masa tengah jump start, bahaya ok!

.

2. Peralatan yang kena ada

?Kabel jumper:

Kalau tak ada ni, memang tak boleh nak jump start pun. Ada jugak orang panggil ni klip buaya.

?Sumber kuasa:

Kita kena guna bateri mudah alih atau guna kereta satu lagi ke, kereta kawan ke, jiran ke untuk bantu start enjin kereta kita.

.

3. Cara jump kereta dengan selamat

?Enjin dimatikan. Semua sistem elektrik kedua-dua kereta dimatikan.

?Sambungkan kabel merah pada terminal positif kereta kita dan sambungkan hujung kabel pada terminal positif kereta lagi satu (yang elok).

?Kemudian, sambungkan kabel hitam pada terminal negatif kereta lagi satu. Hujung kabel tu sambung pada grounded bolt ataupun braket pada blok enjin kereta kita.

Tak boleh sambung pada terminal negatif kereta kita tau! Boleh menghasilkan spark dan bateri boleh meletup.

.

?Start enjin kereta lagi satu dan biarkan enjin berjalan dengan sederhana sederhana. Biar beberapa minit untuk caj kedua-dua bateri.

?Boleh start enjin kereta kita pulak.

?Biarkan kedua-dua kereta dalam keadaan idle running (tidak ditekan minyak).

?Kabel jumper tak boleh dibiar lama sangat. Cabut jumper dalam susunan terbalik masa pasang mula-mula tadi (cabut negatif dulu).

Pastikan kabel merah & hitam tak bersentuh.

.

.

Kereta ada masalah?

Hantar kereta anda ke Bengkel Scrut Auto!

Macam-macam masalah & macam-macam jenis kereta kami boleh buat.

Apa-apa boleh call dulu.

Semua boleh bincang.

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/289682279370623