fbpx

Jangan terus percaya, walaupun video iklan itu HD! Scrut dulu!

Hari ini hari Jumaat. Admin nak bagi tazkirah sikit. Maaflah, lewat sikit. Admin bukan fulltime menulis untuk SCRUT. Admin ada kerja lain juga. Sebab itu SCRUT tak boleh dibeli macam portal-portal dan media-media lain.

Hari ini hari Jumaat. Admin nak bagi tazkirah sikit. Maaflah, lewat sikit. Admin bukan fulltime menulis untuk SCRUT. Admin ada kerja lain juga. Sebab itu SCRUT tak boleh dibeli macam portal-portal dan media-media lain.

Baiklah, admin nak cerita sikit pasal berniaga menurut Islam. Pernah dengar tak kalam yang sangat popular dalam dunia Islam dan Melayu berbunyi,

‎عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”

Ada yang kata ia hadith, ada yang kata tidak. Yang lebih tepat ia riwayat yang lemah (dhaif) kepada Nabi. Jadi adakah berniaga tidak baik? Jangan risau.

Tidak habis di situ sahaja, kita semua sedia maklum yang berniaga adalah perkara yang dilakukan oleh Nabi sebelum menjadi Rasul. Secara tidak langsung menunjukkan pekerjaan berniaga adalah sangat baik, dalam masa yang sama ia sangat susah.

Kenapa susah?

Kerana ia melibatkan hampir semua perkara, daripada dealing dengan customer, supplier, penjagaan stock, handling, dan macam-macam lagi. Yang paling susah dalam berniaga adalah kejujuran.

Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‎التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Selain itu, terdapat sebuah lagi hadith yang penting untuk dijadikan renungan bagi setiap yang ingin berniaga, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

‎إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.”

[Riwayat al-Tirmizi (1210)][Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Admin nasihatkan para peniaga, terutama dalam industri otomotif ini, dari taukey sampai ke salesman, jadilah peniaga yang jujur. Begitu juga mereka yang berniaga portal atau media. Pastikan paid review atau ads anda tidak menipu pengguna.

Buat anda semua sebagai pengguna. Jadilah pengguna yang bijak. Pastikan anda TABAIYUN dulu sebelum beli. Walaupun kereta idaman anda dipamerkan di atas katil dengan kereta idaman bini no-3 anda!

Apa itu TABAIYUN?

TABAIYUN adalah SCRUT!

Ingat, get SCRUT before WE get SCREWED!

Ditulis oleh,
Maulana SCRUT
“Bukan Lebai Penunggang & Penjual Agama”
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/608496999635483