
Betul!
Bukan sejam.
Tiga minit cukup.
Dalam dunia kereta terpakai, tiga minit boleh tentukan sama ada kau buat keputusan bijak, atau kau menyesal bertahun-tahun.
Aku pecahkan macam ni.
1 minit pertama, aku yakinkan kau dengan ayat manis.
“Kereta ni owner pakai pergi kerja je bang.”
“Mileage rendah sebab jarang guna.”
“Accident? Tak pernah. Kalau ada pun calar sikit.”
Ayat ni bukan baru. Tapi masih ramai termakan dengan ayat ni. Betul tak?
Sebab manusia ni ada satu kelemahan, kita suka dengar benda yang sedap di telinga.
Masa ni, kau dah mula percaya. Logik kau mula hilang. Emosi kau dah diambil alih.
1 minit kedua aku akan “distract” kau tengok luaran.
Aku suruh kau tengok rim. Aku pujuk kau pegang stereng.
Aku biar kau kagum dengan cat yang berkilat.
Kau fokus benda yang boleh nampak,
supaya kau lupa benda yang tak nampak.
Odometer boleh pusing. Kereta banjir boleh cuci. Sejarah kemalangan boleh disorok.
Kereta nampak lawa, tapi rekodnya apa jadi pun tak tahu.
1 minit ketiga, aku tekan kau suruh booking cepat.
“Bang ramai orang tanya.”
“Kalau lambat, orang lain ambil.”
“Saya tak boleh hold lama.”
Tekanan ni disengajakan. Bila manusia tertekan, dia berhenti berfikir.
Dan ayat paling mahal dalam hidup pembeli kereta ialah
“Takpe lah, aku rasa okay.”
Penipuan kereta bukan sebab kau bodoh.
Tapi sebab kau terlalu percaya.
Percaya pada senyuman. Percaya pada ayat yakin. Percaya pada rupa luaran.
Hakikatnya, penjual selalu tahu lebih daripada pembeli.
SCRUT wujud bukan sebab nak jatuhkan penjual.
SCRUT wujud sebab nak lindungi pembeli.
Kalau kereta tu bersih, SCRUT buktikan. Kalau ada sejarah gelap, pembeli berhak tahu.
SCRUT tak jual cerita. SCRUT tunjuk data.
Sebelum kau bayar booking.Sebelum kau sign apa-apa.
Berhenti sekejap. Check dulu dengan SCRUT.
Kereta boleh tukar. Duit boleh cari. Tapi silap beli kereta bermasalah kau tanggung lama.
Ingat, taknak kena tipu beli kereta SCRUT dulu!

#scrut#armyscrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02xLgovpyhyWELfKWLsGddHSHsLYeebUyHZPyvhGB26prb2fq7JcRtHhLWPTbJ7Po2l
You must be logged in to post a comment.