fbpx

Kenapa ada peguam Siti Bainun nak bising-bising dalam sosial media?

Uncle rasa, kerja peguam ni lawan di mahkamah secara terhormat. Bukan lawan di media sosial. Tapi peguam-peguam Siti Bainun ni tarik diri ramai-ramai tempoh hari.

Uncle rasa, kerja peguam ni lawan di mahkamah secara terhormat. Bukan lawan di media sosial. Tapi peguam-peguam Siti Bainun ni tarik diri ramai-ramai tempoh hari.

Tapi bila Siti Bainun dah dicampak ke dalam penjara. Ada yang meroyan pula. Jarang Uncle dengar peguam probono sampai sanggup jadi macai client di media sosial. Probono ke probodo?

Dahlah membela pendera anak OKU. Orang suruh lawan dalam mahkamah, dia lari macam

pengecut. Lepas dah kalah dia berkokok pula. Kalau betul nak selamatkan Si Pendera tu, kenapa tarik diri kes dia?

Tariklah diri kes lain. Atau minta tangguh. Tak silap Uncle, hakim sampai kasitau, tolong hantar surat kasitau kes apa yang bertembung. Dia sendiri akan hantar surat ke hakim terbabit untuk nego.

Tapi mereka tak buat. So, tarik diri untuk percubaan nak tangguh kes ke? Walaupun hakim terpaksa tangguhkan kes disebabkan Bainun takda peguam, kes tetap berjalan dan alhamdulillah Bainun dah disabitkan bersalah.

Nasiht Uncle, kalau jadi peguam, lawanlah dalam court. Sikit-sikit sudahlah buat marketing. Sampai orang ingat peguam ada servis buat cybertrooping.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0a7Ax4TUG3VnXtVC5fhagb6trczgWdLrNih3Q4wYTAE8wFXhDF4tEPG5Vv8gxbg3Yl