fbpx

Kenapa scrut sangat agresif?

Detective Scrut
in Media Review, Real Story, SCRUT Tips
Jun 29 ·

Rasanya sesiapa yang follow kami dari mula tahu cara, gaya dan identiti kami. Mereka tahu dari awal SCRUT muncul, kami diugut dan diancam oleh kartel-kartel kapitalis jahat kereta recond yang selama ini telah menipu masyarakat.

Sampai Careta pernah tulis pasal ni. Baca sini..

https://careta.my/article/scrut-ada-sebab-dia-samseng

Bahkan kami juga telah disaman disebabkan perjuangan ini selain kami menyaman mereka yang memfitnat kami. Jadi, naik mahkamah bukan isu besar buat kami.

Untuk mereka yang baru kenal kami. Kalau tak suka cara dan gaya kami, korang tak payah sakitkan hati korang. Boleh unfollow atau block saja kami. Dunia ini terlalu luas, kenapa nak datang ke tempat yang kau tak suka? Rezeki kami juga dari Allah bukan dari menjadi hamba kepada manusia..

Kalau dihimpunkan segala pujian dan sokongan, ia terlalu banyak. Tapi perjuangan kami bukan untuk meraih pujian atau sanjungan. Kami ada cara kami, kami ada prinsip. Sebab itu kami bukan populis. Kami berkata dan bertindak menurut data, fakta dan prinsip kami.

Kami percaya, masalah terbesar dalam dunia ini adalah KHIANAT. Cara dan gaya bukanlah isu asalkan tidak menipu dan KHIANAT. Selagi kami tidak KHIANAT perjuangan kami, selagi itu kami berdiri di atas kebenaran.

Kami faham ramai saja yang menunggu kami jatuh terutama para salesman dan broker penipu. Tidak lupa tauke-tauke dan kapitalis-kapitalis jahat. Sebenarnya apa yang kami buat selama ini adalah dari hati kami dan permintaan korang.

Korang mahu sistem yang mudah, instant report, kami sediakan. Tapi kalau kau letak email pun salah. Alamat salah, macam mana segala maklumat nak sampai?

Korang nak tempat cari kereta baik dan berintegriti, kami bangunkan SCRUT Listing. Korang minta kami buat inspection center kami bangunkan Scrut Auto. InsyaAllah, mudah-mudahan kami juga akan publickan SCRUT.

Kami sudah ulang banyak kali. SCRUT lahir dari roh marhaen yang selama ini ditindas, ditipu para kapitalis jahat. Roh kami adalah anda semua para penyokong perjuangan kami. Selagi roh anda barsama kami, selagi itu kami wujud.

Kami akan maki balik sesiapa sahaja yang maki kami. Wall kami adalah tanah kami. Masuk ke wall kami, hormat tuan rumah. Kalau tak suka, boleh keluar secara terhormat. Jangan fitnah kami. Kau fitnah kami, kami akan ambil tindakan undang-undang! Kami enjoy dengan cara, gaya dan prinsip kami..

Bak kata Muhammad Ali,

“There are no pleasures in a fight but some of my fights have been pleasure to win!”

TERIMA KASIH buat mereka yang terus menerus menyokong kami. Yang tak suka cara dan gaya kami boleh ke wall lain!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/878159736002540

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with