fbpx

Kenapa scrut tak sebut dengan jelas dealer/ap holder mana penipu?

Macam nilah, biarlah kami explain kenapa SCRUT dibina dan bagaimana ia bermula dahulu. SCRUT dimiliki oleh Ifcon Technology (IfconTech). IfconTech adalah syarikat IT yang menjalankan segala bentuk servis IT, software development dan berkaitan. Kami software house yang telah membangunkan banyak application, software dan web development. SCRUT bukanlah product pertama dan utama kami.

KENAPA SCRUT TAK ENDORSE MANA-MANA DEALER YANG BAGUS?

Macam nilah, biarlah kami explain kenapa SCRUT dibina dan bagaimana ia bermula dahulu. SCRUT dimiliki oleh Ifcon Technology (IfconTech). IfconTech adalah syarikat IT yang menjalankan segala bentuk servis IT, software development dan berkaitan. Kami software house yang telah membangunkan banyak application, software dan web development. SCRUT bukanlah product pertama dan utama kami.

Kisah SCRUT bermula beberapa minggu sebelum puasa, kami telah ke Jepun, dijemput oleh sebuah syarikat public listed di Jepun untuk membentangkan proposal bagi membangunkan software untuk syarikat mereka.

Untuk membangunkan software tersebut kami telah diberi database auction report dari seluruh auction house di Jepun. Jadi, projek SCRUT hanyalah teaser untuk projek sebenar nanti.

SCRUT dibangunkan secara MVP (Minimal Viable Product), disiapkan dalam masa 3 hari, tanpa logo dan warna. Tujuannya hanya mahu menyahut seruan #GodamSahur sahaja.

Dalam masa yang sama, kami mahu membantu rakan-rakan kami supaya tidak ditipu oleh si penjual kereta recond kerana kami sudah punya data untuk
menyemak. Semangat tersebut semakin membuak-buak apabila Vellfire kami yang dibeli dari kawan sendiri (AP holder) juga bergred R!

Selepas pelancaran secara main-main pada 13/5/2019, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Semuanya bermula dari kawan-kawan yang berkongsi tentang kewujudan SCRUT di merata-rata tempat. Pada hari ke-2, barulah kami mencipta logo dan memilih warna korporat kami. Pada hari ke-2 juga, kami telah diganggu oleh penjual kereta recond barangkali yang memaki hamun kami. Akibat rasa tercabar, kami menjadikan agresif dan berani sebagai imej kami. Tak korporat? Tak profesional? Kami tak kisah! Yang penting kami tidak menipu dan tidak boleh dibeli oleh sesiapa!

Selain diganggu dan diancam AP Holder, Azman Shifter dari Farekna Auto, kami juga pernah ditawarkan untuk menutup SCRUT oleh beberapa pihak yang ada kepentingan dalam industri ini. Kami telah menolak terus kerana kami percaya, kami sedang melakukan perkara yang baik dan tidak melanggar undang-undang. Kami juga mendapat tawaran untuk melakukan endorsement berbayar untuk beberapa dealer, juga kami menolak dengan baik kerana kami takut endorsement tersebut akan disalahguna, pengguna yang akan menjadi mangsa.

SCRUT diambil dari perkataan scrutinize yang membawa maksud examine or inspect closely and thoroughly (pemeriksaan secara dekat dan menyeluruh). Kalau dalam bahasa Islamiknya, tabaiyun. Jadi, sebelum kau beli kereta recond, kau SCRUT dulu. Supaya kau tak tertipu atau menyesal kerana telah membeli kereta yang tidak seperti digambarkan salesman.

Kami percaya kelahiran kami telah menggegarkan industri kenderaan recond Malaysia, tetapi dalam masa yang sama kami percaya yang industri ini akan berubah ke arah yang lebih positif. Kami tiada niat untuk menyerang mana-mana dealer atau AP Holder melainkan mereka yang menyerang dan mengganggu kami dahulu. Kami hanya mahukan yang terbaik untuk pengguna dan persaingan sihat diantara peniaga dengan penuh integriti.

Jadi, get SCRUT before WE get SCREWED!

Yes, we want to disrupt, not to bankrupt!

Ditulis oleh,
Admin Agresif & Berani
www.scrut.my