fbpx

Kenderaan kerajaan bukan tiket kau merompak hak OKU!

Panas, sakit hati, dan meluat. Itulah 3 perkataan yang admin rasa apabila melihat kenderaan bomba bernomber pendaftaran WKH1065 meletakkan kenderaan milik kerajaan di tempat OKU.

Panas, sakit hati, dan meluat. Itulah 3 perkataan yang admin rasa apabila melihat kenderaan bomba bernomber pendaftaran WKH1065 meletakkan kenderaan milik kerajaan di tempat OKU.

Adakah kenderaan kerajaan memiliki kuasa untuk meragut hak oku? Adakah disebabkan ia kenderaan kerajaan tindakan tidak diambil? Adakah kerana ia kenderaan milik kerajaan, pemandunya punya kuasa lebih dari biasa?

Amat malang di era Malaysia Baharu, hak OKU masih terus dirobek dan dicabul. Penjawat awam sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang awam. Bukan menyalahgunakan amanah yang diberi.

Dunia ini sepatutnya indah apabila hak setiap manusia dihormati dan tidak dicabuli. Percayalah, jika hal sekecil ini pun tidak mampu dikawal nafsu kuasa, mana mungkin untuk perkara yang lebih besar tidak disalahguna.

Berpakaian seragam dan berkenderaan rasmi kerajaan tidak menjadikan mereka kebal dan maksum dari kesalahan undang-undang. Nasihat kami kepada mereka, hentikanlah penyalahgunaan kuasa.

Jalanlah sikit, jangan malas, tuhan dah anugerahkan kaki yang masih boleh berjalan. Itulah cara kalian sepatutnya bersyukur atas nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh.

Ditulis oleh,
Admin Yang Ada Anak OKU!
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/620574441761072