Kereta apa yang lebih baik beli recond?

Admin
in Real Story
Aug 20 ·

Betul ke ada kereta yang elok beli recond berbanding daripada pengedar rasmi? Ini disebabkan faktor harga mahupun aftersales yang tidak berapa bagus. ​

1. Audi ​

​

Sebabnya Audi Malaysia aftersales tak berapa bagus berbanding yang import. Tak banyak pusat servis yang ada di Semenanjung Malaysia ​

​

2. Ford Mustang​

​

Ford Mustang recond ​ 2.3 liter petrol Ecoboost tahun 2016 harga bermula daripada RM 200 ribu. Kalau Roush Mustang pula cecah RM 600 ribu.​

Harga recond lebih murah, Leboh-lebih lagi Ford Malaysia servis tak berapa bagus dan mahal. ​

Harga rasmi Ford Mustang 2.3 daripada SDAC mencecah RM 520,000. Harga varian 5.0 pula dah mencecah RM 650,000.​

​

3. Subaru BRZ/Toyota 86 ​

​

Harga sah dari Subaru Tan Chong & UMW Toyota Motor secara import RM225K – RM260k​

Harga recond model 2012 anda boleh dapat dengan harga RM105k – RM203k utk model 2018​

​

4. Toyota Voxy / Esquire / Noah​

​

Kalau anda dapat kereta yang usia 5-6 tahun, harga boleh dapat dalam RM92k. Tapi kalau beli yang import, kereta sudah dilengkapi dengan 2 beg udara macam

Nissan Serena. ​

​

5. ​ Toyota Vellfire 3.5 / Toyota Alphard 2.5​

​

Toyota Malaysia hanya ada model Alphard dengan enjin 3.5 liter dan model Vellfire dengan enjin 2.5 liter.​

Kalau anda nak murah tanpa bayar cukai jalan mahal, beli recond. Kalau Recond anda boleh dapat Vellfire dengan enjin 3.5 liter. Siap ada varian hybrid dan bodykit Modellista​

​

6. Toyota GR Supra 2.0​

​

UMW Toyota Motor, Supra di Malaysia dengan varian 3.0, boleh dapat dengan harga RM590k. ​

Tapi kalau recond model 2.0 dengan harga RM 320k lebih murah berbanding keluaran UMW Toyota sendiri.​

​

Tapi ingat recond adalah kereta terpakai import, mesti ada sejarah dan gred yang anda harus ambil tahu. Semak report dan pandu uji dahulu! Nak lebih yakin, SCRUT!

—

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1162193370932507

    Leave a Reply
    created with