Tanda-tanda absorber nak rosak lah tu!
Apa tu absorber?
Absorber kereta ni berfungi untuk kawal lantunan dan pergerakan kereta. Nak pastikan pemanduan adalah selesa dan lancar.
Absorber bantu kecekapan brek dan kawal stereng pada tahap optimum masa memandu.
—
TANDA-TANDA ABSORBER ROSAK
1. “Excessive body roll” atau kereta tak stabil
Kalau bawak kereta di jalan raya yang rata tapi boleh rasa lantunan, absorber kereta anda mungkin rosak.
Bila selekoh, anda akan rasa susah nak kawal stereng sebab pergerakan badan kereta turun dan naik.
Ini mungkin disebabkan oleh injap atau pengedap minyak yang dah haus dalam shock absorber. Pengedap minyak haus akan menyebabkan minyak bocor.
Bila shock absorber tak dapat serap hentakan, dia akan hantar ke stereng. Jadi, bila lalu bonggol atau jalan tak rata, anda rasa gegaran pada stereng.
Kadang-kadang, anda boleh juga rasa gegaran bila bawak kereta terlalu laju.
2. Kadar kecekapan brek
Bila anda perlu tekan lebih dalam untuk brek, itu juga salah satu tanda-tanda absorber rosak.
Beban berat kereta akan pindah ke depan dan kereta akan lebih condong ke depan untuk diserap oleh absorber secara sekata.
Bila absorber rosak, pemindahan berat jadi tak sekata dan akan makan masa untuk brek kenderaan sepenuhnya.
3. “Acceleration Squat”
Bila nak tekan minyak untuk memotong atau memulakan perjalanan, anda akan rasa kereta berat dan ambil masa untuk bergerak.
Pemindahan daya berat badan kereta ke belakang absorber adalah tak sekata.
Pemanduan akan jadi tak selesa sebab sentuhan dengan permukaan jalan bagi tayar depan berkurangan.
4. Tayar kereta haus secara tak sekata
Boleh tengok kerosakan absorber pada tayar kereta juga. Kalau tayar kereta haus secara tak sekata, mungkin suspension ada masalah.
Suspension tak dapat nak tampung berat kereta. Jadi, berat tertumpu pada satu tayar je.
5. Ada bunyi bila langgar lubang atau bonggol
Bila lalu di jalan yang berlubang atau bonggol, anda boleh dengar bunyi ‘krek krek krek’ di bahagian depan tayar.
Itu adalah satu tanda kemungkinan lower arm dah rosak. Lower arm ni satu kategori dengan tayar, shock absorber, spring dan linkages.
—
Kereta anda ada tanda-tanda ni? Hantar ke Scrut Auto cepat-cepat untuk periksa!
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987
0342665556
Booking Online for Service :
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/339233914415459