fbpx

Tayar kereta meletup kat atas jalan raya!

Tengah bawak kereta macam biasa atas jalan raya. Macam mana pulak tayar boleh meletup?

Tengah bawak kereta macam biasa atas jalan raya. Macam mana pulak tayar boleh meletup?

Setiap tayar ada hadnya tersendiri – Had laju, tekanan angin, tarikh luput dan had untuk tampung roda yang tak balance.

SEBAB-SEBAB TAYAR BOLEH MELETUP

1. Terlebih had kelajuan

Setiap tayar ada had laju yang dah ditetapkan. Tayar yang lebih berprestasi akan ada had kelajuan yang lebih tinggi.

Bagi tayar ganti pula, had kelajuannya dalam 70 km/j sahaja.

Macam mana nak periksa? Boleh tengok tulisan di tayar. Baca post ni – https://bit.ly/3xKak3P

2. Terlebih tekanan pada tayar

Ini kait rapat dengan berat dan tekanan angin yang diisi.

Berat maksimum yang boleh ditampung oleh tayar adalah berdasarkan ‘load rating’. Tak boleh isi angin yang berlebihan dari yang telah ditetapkan!

Boleh tengok nota di tepi pintu tempat duduk pemandu ataupun pada pintu isi minyak.

3. Tayar dah tamat tarikh luput

Tayar hanya boleh tahan selama 4 hingga 6 tahun sahaja tau!

Periksa bila tahun tayar dikeluarkan. Kalau tayar dah terlalu lama, boleh cepat pancit ataupun tiba-tiba pecah! Bahaya tau.

4. Roda tak balance

Bila sedang memandu, anda boleh rasa kereta bergegar. Lagi-lagi bila tengah bawak laju.

Roda yang tak balance akan jejas struktur getah tayar dan menyebabkan kereta bergegar. Kalau dibiarkan lama, nanti boleh terus pecah!

Pastikan anda sentiasa periksa keadaan tayar untuk pastikan pemanduan yang selamat dan tak menjejaskan pengguna-pengguna jalan raya yang lain!

Kereta tak sihat? Hantar ke Scrut Auto!

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/334528624885988