fbpx

Kereta recond ni ada banyak pilihan, ada yang dari Jepun dan dari UK.

Nak pilih mana satu?

Nak pilih mana satu?

Jom kita tengok dari segi spec kereta…

APA BEZA SPEC KERETA RECOND JEPUN & UK?

Kita tengok recond Jepun dulu ya.

1. Gajet

Nama pun dari Jepun kan, mesti lah gajet kereta lebih advanced! Contohnya, kereta Jepun datang dengan camera 360.

2. Mileage

Kereta recond Jepun kebanyakannya hanya digunakan untuk 2-3 tahun je. Jadi, mileage memang masih rendah.

3. Kondisi kereta

Disebabkan pengguna di Jepun pakai kereta untuk beberapa tahun je, kereta memang nampak macam baru. Cushion seat kereta masih bersih dan well-maintained. Sama juga dengan bahagian interior yang lain, masih kelihatan cantik. Undercarriage kereta juga tiada kesan karat.

4. Radio

Frekuensi radio kereta Jepun berbeza dengan Malaysia. Jadi, kena install radio booster atau FM convertor. Harga dalam lingkungan RM150 hingga RM500.

5. Alarm system

Kereta Jepun tiada alarm system! Mengejutkan? Di Jepun memang tak ada kes curi-curi ni jadi memang alarm system tak diperlukan sangat.

6. Bahasa

Monitor kereta Jepun menggunakan bahasa Jepun Jadi, kalau anda fasih berbahasa Jepun mungkin tak ada masalah untuk anda. Bagi yang tak fasih, boleh lah belajar ataupun buat-buat faham.

7. Harga

Harga kereta recond Jepun mungkin sedikit mahal dari kereta recond UK. Tapi, kereta recond Jepun kondisinya lebih baik sebab hanya digunakan sekejap je.

.

.

Sekarang, kita tengok kereta recond UK pula.

1. Harga

Harga bagi kereta recond UK adalah lebih murah, RM10k-RM20k lebih murah. Sebabnya, kereta recond UK kondisinya tak seperti kereta Jepun. Mungkin kereta recond UK ada yang usianya lebih lama atau cara penggunaan lebih kasar, sebab tu harga akan jadi lebih murah.

2. Radio

Radio kereta UK sama macam kereta Malaysia, menggunakan frequency yang sama. Senang sikit, tak payah tukar atau tambah apa-apa!

3. Gajet

Dari segi gajet kereta, memang tak boleh tandingi kereta Jepun ya.

4. Kondisi kereta

Kondisi kereta recond UK ni tidak lah sebaik kereta Jepun. Undercarriage kereta UK berpotensi untuk ada kesan karat yang disebabkan oleh garam yang ditabur di atas jalan masa bersalji.

5. Bahasa

Nama pun kereta UK kan, bahasa yang digunakan pada monitor ialah Bahasa Inggeris. Jadi, tak ada masalah untuk kita gunakan.

Kesimpulannya, yang mana lebih baik?

Spec Jepun atau UK?

Itu terpulang pada keperluan yang anda nak dalam sesebuah kereta!

Apa-apa pun, kena periksa betul-betul kondisi kereta untuk pastikan berbaloi atau tak. Jangan kena tipu ya!

SCRUT

dulu untuk dapatkan report yang original.

Kalau report tak ada, boleh hantar ke Scrut Auto untuk buat Scrut Integrity Inspection (SII)!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1086745948477250