fbpx

Ketahuilah apa punca aircond kereta anda tidak sejuk seperti dulu.

Compressor tidak lagi berfungsi.

.

Compressor tidak lagi berfungsi.

Compressor adalah komponen yang sangat penting dalam sistem aircond kereta. Compressor yang rosak boleh menyebabkan aircond kereta kurang sejuk mahupun tidak sejuk secara keseluruhan.

.

Kerosakan pada Condenser Fan.

Condenser fan berfungsi untuk menurunkan suhu dan tekanan sistem aircond. Jika condenser rosak, ketika kereta berjalan aircond menjadi sejuk tetapi apabila kereta dalam keadaan berhenti aircond akan menjadi panas.

.

Kekotoran pada Filter Dryer

Filter Dryer berfungsi untuk menapis kotoran, habuk halus besi hasil geseran, dan juga menapis lembapan dalam sistem aircond kereta anda. Tekanan sistem aircond boleh menjadi sangat tinggi sekiranya masalah filter tersumbat.

.

Expansion Valve rosak

Masalah valve seperti stuck ope atau stuck closed boleh berlaku apabila terdapat kotoran yang telah masuk ke dalam valve dan menyebabkan ia rosak dan akan memberi kerosakan yang lebih teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda.

.

Cooling Coil terlalu kotor

Sekiranya Cooling coil terlalu kotor, aircond kereta anda pasti mengeluarkan bunyi yang sangat kuat, tetapi kuantiti aircond yang dikeluarkan amatlah sedikit. Masalah ini dapat dibendung dengan penukaran cabin filter dan servis blower fan yang berada pada belakang glove box di sebelah tempat duduk penumpang hadapan.

.

Gas aircond bocor

Kekurangan gas aircond juga merupakan salah satu punca aircond tidak sejuk secara tiba-tiba. Sekiranya gas dalam sistem aircond kurang atau langsung tiada, maka compressor tidak akan berfungsi dengan baik.

.

Masalah Aircond? Hantar ke Scrut Auto je!

Kami beroperasi seperti biasa dari :

Isnin-Sabtu 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Hubungi Kami :

📞01116222987 (Shafiqa)

📞01116222069 (Syahrul)

☎️0342665556

📩Tempahan Dalam Talian untuk Servis dan Pembaikan :

https://sepana.net/b/ghvnA

📩Tempahan Dalam Talian untuk Intergriti Pemeriksaan Scrut :

https://inspect.scrut.my/?src=scrutauto

📍SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant

Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/490872315918284