fbpx

Kisah sebenar cerita prowheels – mari scrut dulu!

Admin
in Real Story
Nov 23 ยท

Semalam ada peminat SCRUT mesej Uncle, dia tunjuk link di bawah ni. Dia macam nak kata Prowheels burukkan SCRUT. Uncle pun pergi tengok, Uncle pun rasa benda yang sama. Kenapa dia nak tulis macam tu. Uncle tengok komen, pun ada yang faham ia negatif.

Rujuk : https://www.facebook.com/103557…/posts/245143034334699/…

Takpa, mari sama-sama kita menelusuri sejarah industri kereta recond tanah air. Kaum seller telah menipu report, menipu condition selama lebih 30 tahun industri ini bermula. Selama ini hanya sedikit yang tahu tentang auction report, inspection report dan grading system. Sehinggalah 13 Mei 2019, SCRUT hadir.

SCRUT telah membuka pekung industri ini. SCRUT telah disrupt kecurangan masalah dalam industri ini. SCRUT telah mendidik masyarakat budaya #SCRUTdulu. SCRUT telah menjadi benteng utama masyarakat daripada ditipu oleh para kapitalis penjual kereta recond yang jahat.

SCRUT telah diugut dan diancam oleh pihak yang benci dengan kewujudan kami. Hatta, pernah terima kiriman peluru. Sentiasa cuba diganggu, dimalukan, dan direndah-rendahkan dengan pelbagai fitnah. Macam-macam cara mereka cuba buat. Antaranya, kononnya SCRUT tak diiktiraf PEKEMA which memang SCRUT never give a f**k dekat diorang pun. Konon SCRUT dibayar AP holder lain, walhal kami pernah dioffer 4 juta untuk tutup. Tak terima pun. Ingat, SCRUT ini milik IT company tau!

Anyway, Uncle nak komen tentang posting Prowheels pula. Dalam posting tersebut, seolah-olah nak kasitau yang SCRUT pun mungkin ada flaws tanpa memberi tahu yang record grade R itu datang dari SCRUT! Report yang grade 5 itu datang dari supplier mereka. Siapa edit, siapa kautim, bukan kerja kami. Mungkin dah direpair dan diinspect balik. Kalau dilihat pada mileage, ia masih sama atau lebih kurang sama. Alang-alang nak kautim, kenapa tak tukar milegage saja?

Boleh check terus ke SCRUT (www.scrut.my), tekan chasis no – AGH30-0318318 cuba beli.

Itulah sebabnya SCRUT mengeluarkan kesemua report yang ada untuk pembeli mengetahui sejarah atau historical reports sesebuah kereta. Kalau ada lebih dari 1 report, kesemuanya akan dikeluarkan. Rujuk penjelasan yang telah lama dibuat.

Rujuk sini : https://blog.scrut.my/scrut-kenapa-dalam-auction-report…/

Jadi, isu kautim atau tidak sudah tak menjadi isu kerana rekod lama telah disimpan. Itu pun entah betul atau tidak boleh dikautim. Condition memang boleh fix. Maka, tanggungjawab seller lah untuk menyemak jika mereka benar-benar menjaga integriti. Yang pasti grade 5 itu bukan daripada SCRUT. Sepatutnya, naratif yang benar adalah SCRUT telah menyelamatkan dia.

Jadi korang jelas sekarang? Tentang tindakan Prowheels menulis sesuatu yang seakan mencipta prasangka negatif terhadap SCRUT, Uncle rasa sangat tidak patut. Jika dikaji, posting-posting lain di Prowheels tidaklah banyak reach, hanya apabila posting yang menyebut nama SCRUT, barulah ada reach. Kalau dulu Prowheels nak meyakinkan pembeli dengan menaikkan banner tertulis nama dan logo SCRUT, kali ini mereka cuba untuk mencipta persepsi lain pula. Apa niat mereka?

SCRUT telah cuba sedaya upaya menjaga integriti dan memberi ketelusan kepada masyarakat tentang industri ini. Bukan sekadar report, JRC pun kami tolong cari. Jangan lupa, kami juga dah bangunkan Sii atas cadangan korang semua dulu.

Ingat, SCRUT lahir dari roh marhaen yang selama ini telah ditipu, dipijak dan ditindas kapitalis jahat penjual kereta recond. Kalau mati hidup kembali pun, SCRUT tetap bersama masyarakat, bersama rakyat marhaen dan bersama consumer!

Terserahlah, korang nak percaya cerita siapa. Cerita kami atau cerita mereka.

Ditulis oleh,

Uncle Awang.

Ketua Admin Yang Kacak!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1219286208556556

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with