fbpx

Lepas SCRUT, baru tahu mileage kena pusing!

Sekiranya benda ni berlaku, apa yang perlu kita buat?

Sekiranya benda ni berlaku, apa yang perlu kita buat?

Ada dua situasi yang berbeza:

👉Kereta belum dibeli

👉Kereta sudah dibeli

Bagi situasi pertama, kalau anda betul-betul bercadang untuk beli kereta tu.. anda boleh tunjukkan auction report kepada dealer.

Mungkin dealer akan terus bersikap jujur dan bagitahu apa lagi yang disorokkan. Mungkin dealer baik hati untuk bagi discount disebabkan kereta tak ‘secantik’ yang disangka.

Anda juga boleh buat inspection sekiranya anda nak tahu jika kereta ada masalah lain yang perlu dibaiki segera.

Kalau dealer cakap auction report tu tak betul, macam mana pulak?

Kalau dia tetap tak mengaku dia dah pusing meter… lebih baik beransur lah. Ada banyak lagi dealer lain yang anda boleh berurusan.

Bagi situasi kedua, kalau anda semak auction report selepas kereta sudah pun dibeli.

Anda boleh buat laporan polis. Walaupun ni bukan kes jenayah tapi tetap kena ada report tentang penipuan yang dibuat oleh dealer tu.

Tuntut! Yes, anda boleh buat tuntutan. Nilai tu berdasakan harga kereta recond yang anda beli. Tapi, di mahkamah anda boleh tuntut sampai RM5000. Lagi berbaloi kalau anda punya tuntutan lebih dari RM10,000.

Kenapa? Sebab anda kena bayar peguam jugak. Pastikan harga kereta tu berbaloi untuk buat tuntuan dulu!

Peguam anda boleh hantar amaran kepada dealer tu untuk bayar nilai tuntutan dalam tempoh tertentu dari 7 hingga 15 hari.

Kalau dealer tak ambil apa-apa tindakan, anda boleh saman untuk bawa kes ke mahkamah pula.

Bila peguam dah buktikan dealer ada buat penipuan, anda boleh mohon ganti rugi dari dealer. Nilai ganti rugi akan ditentukan oleh mahkamah.

Tapi, kalau dealer mengaku tak bersalah dan berjaya berlakon untuk jadi innocent, anda kena pulang semula kereta dan dealer akan pulang duit anda balik.

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1233841437101033