fbpx

Macam mana dealer bawak kereta recond Jepun masuk Malaysia?

Banyak betul kereta recond Jepun ada kat Malaysia.

Banyak betul kereta recond Jepun ada kat Malaysia.

Pernah terfikir tak macam mana dealer bawak masuk kereta recond Jepun ke Malaysia?

1. Auction House Jepun buka tawaran

Pertama sekali, auction house akan buka offer pada dealer-dealer kat Malaysia untuk beli kereta terpakai kat Jepun.

Hanya syarikat yang ada permit AP (approved permit) sahaja boleh beli. Permit AP tu permit yang boleh bawa kereta luar masuk ke Malaysia.

.

2. Dealer buat bidding

Lepas dealer Malaysia dah pilih kereta-kereta yang dia nak, dia akan start buat bidding.

Harga bidding tu kena based on auction report yang disediakan. Ikut tahun kereta, gred apa, kondisi macam mana.

.

3. Bidding diterima

Bila auction house Jepun dah terima bidding, dealer akan bayar harga bidding yang dah diletak sekali dengan caj penghantaran.

.

4. Kereta dihantar ke Malaysia

Dealer akan cari ejen pengeksport kat Jepun untuk hantar kereta ke Malaysia.

Kereta berlayar dari Jepun ke Malaysia mungkin ambil masa 2-3 minggu atau mungkin lebih lama dari tu.

.

5. Kereta dah tiba kat Malaysia

Bila dah tiba kat pelabuhan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan periksa kereta tu. Puspakom juga ada di pelabuhan.

Dealer sepatutnya bayar duti import dan lain-lain charges (dealer yang bayar ya!). Kalau tak bayar, kereta tu tak akan ke mana-mana, duduk di pelabuhan je.

Untuk AP holder kereta recond pula, mereka yang telah berdaftar dengan Pekema boleh bayar duti kemudian, mereka boleh masukkan dalam gudang berlesen (showroom) yang berdaftar dengan pihak kastam.

Kereta recond Jepun yang masuk ke Malaysia akan dikategorikan sebagai ‘unregistered car’.

.

6. Kereta recond mula dijual

Lepas dealer dah lalui semua tu, barulah customer boleh beli kereta recond dari dealer.

Pastikan anda minta dokumen paling penting dari dealer iaitu Auction Report (Inspection sheet) dan Export Certificate (JRC).

Untuk pengiraan cukai dan duti kereta recon, boleh rujuk kiraduti.com

7.

SCRUT

sebelum beli!

Dalam Export Certificate tu ada Chasis No. yang anda boleh gunakan untuk SCRUT!

Buat apa nak Scrut?

Bandingkan report dealer dan report dari Scrut, maklumat sama atau tak – bacaan odometer, gred dan sebagainya.

Kalau report tak jumpa?

Hantarlah kereta recond tu ke

Scrut Auto

untuk buat SCRUT Integrity Inspection (SII).

Semua bahagian akan diperiksa untuk pastikan kereta tu berkualiti dan tiada ubahan atau modifikasi dibuat.


1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1068823393602839