fbpx

“Mana satu Honda nak beli recond Jepun ni?”

Jom tengok kereta Honda yang agak rare kat Malaysia ni yang boleh kita beli recond…

Jom tengok kereta Honda yang agak rare kat Malaysia ni yang boleh kita beli recond…

5 KERETA HONDA RECOND YANG RARE!

1. Honda Stepwagon Spada

Sebuah kereta mini van ataupun MPV yang ada 7 seat. Sesuai untuk family yang besar!

Kereta MPV yang common orang beli macam Toyota Estima & Honda Odyssey. Kalau ambil Honda Stepwagon baru lah lain dari yang lain!

Kereta ni takde kat Malaysia, ada di Jepun je. Kereta ni dikeluarkan pada tahun 2015. Harga bagi recond mungkin bermula dari RM130k hingga RM150k

2. Honda Shuttle

Kereta ni sesuai untuk family juga, ada 5 seat. Bentuk rupa kereta ni agak sama seperti Honda Odyssey. Dealer di Singapura dan Jepun je yang bawa masuk Honda Shuttle ni!

Memang rare la kalau nampak kat Malaysia. Kereta ni dikeluarkan pada tahun 2015. Harga recond bermula dari RM120k hingga RM130k.

3. Honda Jade RS

Sebuah compact MPV (ada 6 seat) yang mula dikeluarkan pada tahun 2013 tapi mula dipasarkan pada tahun 2015.

Kereta ni dah discontinued dan tak ada production baru. Mungkin susah juga nak cari recond. Jadi lebih rare kalau jumpa Honda Jade RS di jalan raya.

Harga bagi recond bermula dari RM120k hingga RM130k

4. Honda Civic FK7 (Type R)

Honda Civic FK7 ni sebuah kereta sedan tapi rupa yang agak sporty! Kereta dikeluarkan pada tahun 2016/2017. Jadi harga bagi recond anggaran dari RM150k hingga RM180k.

Mesti ramai lah peminat Honda Civic kan? Mana yang tak lepas loan nak beli baru boleh la consider beli recond. Lagi murah tapi kondisi baik!

5. Honda S660

Tadi dah banyak MPV kita suggest. Bagi peminat sports car, Honda S660 ini untuk anda!

Kereta ada 2 seat, sesuai lah dibawa untuk dating! Warna yang tersedia adalah kuning, hijau, biru, dan merah. Memang standout!

Honda S660 dikeluarkan pada tahun 2015 dan kereta ni hanya ada di Jepun tau. Memang nampak cool kalau anda pengguna Honda S660 ni!

Nanti kita share kereta recond yang gempak dan berbaloi untuk dibeli dari jenama lain!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1086749475143564