fbpx

Meragui kenyataan rasmi pihak NSC (Majlis Keselamatan Negara)

Melalui kenyataan rasmi dari pihak NSC, katanya KPISOFT Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh rakyat Malaysia yang berkembang dengan jayanya.

Melalui kenyataan rasmi dari pihak NSC, katanya KPISOFT Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh rakyat Malaysia yang berkembang dengan jayanya.

Tetapi, pencarian melalui

Interepo

(www.interepo.com) juga tidak menemui nama syarikat yang kononnya sudah berusia 10 tahun tersebut. Nama-nama pengarah dan pemegang saham juga gagal ditemui di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai nama seakan-akan syarakat KPISoft. Carian melalui laman Mydata dan SSM juga gagal menemui apa-apa.

Menurut carian Google. Syarikat KPISoft ini adalah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Hal ini dapat dilihat dalam Linkedin CEO/Founder KPI sendiri. Di dalam web rasmi KPISoft juga tidak disebutkan langsung tentang asal usul mereka dari Malaysia.

Jadi, kami merasakan kenyataan rasmi tersebut sangat mempunyai masalah kerana tidak tally dengan mana-mana carian umum. Amat bahaya jika agensi yang menjaga keselamatan negara memberikan kenyataan rasmi yang dilihat sangat meragukan dan seolah-olah menipu rakyat.

Siapa lagi yang kami boleh percayakan jika agensi kerajaan sendiri yang melakukan PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT. Rakyat tidak bodoh dan rakyat mahukan bukti yang solid. Mana mungkin syarikat yang kononnya sudah established selama 10 tahun boleh hilang rekod dari data kerajaan. Itupun jika benar wujud syarikat tersebut.

Justeru, kami meminta rakan-rakan yang mempunyai maklumat tentang hal ini untuk berkongsi dengan kami. Amat menakut bila applikasi milik kerajaan ini dikelolakan oleh mereka yang tidak wujud.

Siapa mereka ini?

—-

Rujuk update terbaru :

SCRUT DAH JUMPA SIAPA KPISOFT MALAYSIA!!!(rujuk sini sebelum baca :…

Posted by SCRUT on Wednesday, July 1, 2020

—-

SCRUT for the TRUTH!

Get SCRUT before WE get SCRWES!

—-

Admin Interepo Yang Osem!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/883684312116749