fbpx

Nak beli kereta recond? Tunggu dulu!

BACA 5 TIPS DARI SCRUT NI!

BACA 5 TIPS DARI SCRUT NI!

Macam biasa, SCRUT dan perjuangan basmi penipuan recond berpisah tiada. Kita akan basmi habis-habis penipuan recond ni dari awal!

Jadi, harini SCRUT nak kongsikan macam mana anda boleh dapatkan recond yang berbaloi dan terbaikā€¦

Ni 5 tips cari kereta recond pada kondisi TIP TOP!

1) Mileage rendah

Mileage kalau lagi rendah, lagi bagus. Maksudnya kereta tu jarang pakai atau tidak dipandu jauh.

Biasanya bila mileage rendah ni, memang jarang masuk bengkel untuk servis atau ada kerosakan.

Tapi INGAT! Mileage ni boleh diubah sesuka hati. Nak tukar jadi 0 pun boleh.

Kereta lama tak semestinya mileage tinggi, kereta baru tak semestinya mileage rendah.

.

2) Harga berbaloi

Harga recond ni biasanya boleh dapat pada harga yang rendah. Tapi kebanyakan recond sekarang dijual macam jual harga kereta baru.

Dah lah mahal, bila dah beli banyak masalah pula!

Jadi, baik buat research dulu harga market kereta recond tu sebelum ke kedai.

.

3) Pandu uji

Haa jangan lupa pandu uji kereta yang kita nak tu. Masa tu kalau rasa apa-apa yang pelik, terus bagitahu dealer.

Benda nak pakai lama, kalau masa pandu uji pun dah rasa lain memang tak syok laa nak beli.

.

4)Dapatkan report original

Jangan lupa minta report kereta tu daripada seller. Balik rumah, buka SCRUT untuk bandingkan report seller tu dengan report original dari auction house Jepun atau UK.

Kat sini lah kita boleh dapat tahu seller tu jujur atau tidak. Kat sini jugak kita dapat tahu kondisi sebenar kereta tu.

.

5) Buat inspection

Ini LIFE HACKS! Nak beli recond, baik buat inspection dulu.

Minta seller hantar kereta kita berminat tu ke Scrut Auto untuk buat Scrut Integrity Inspection (SII). SII ni hanya RM350 dan kita sendirilah yang bayar sebab kita yang nak inspect kan.

SII ni akan inspect 120 poin kereta dan pandu uji sekali. Semua keadaan kereta tu, semua kita dapat tahu dari report SII ni nanti.

Dapat sesuatu harini?

SCRUT for the TRUTH!

Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02QPBKbFnUPBmwAewCT2B86UKGhcxUsBaKLiq4C2SSfc4w1XyK7SzrHBQpKEhiMwQWl