fbpx

Pegawai penyiasat syak Bella didera!!

Asisten Supritendan Rohaini Baharom dari Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, hasil temu bualnya dengan dua doktor yang..

Asisten Supritendan Rohaini Baharom dari Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, hasil temu bualnya dengan dua doktor yang memeriksa Bella menunjukkan kecederaan pada badan mangsa bukan akibat kemalangan atau perbuatan sendiri.

Saksi pendakwaan ke-20 berkata, hasil siasatan dan keterangan Dr. Sheshadri Sridar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, wujud kulit yang baharu tumbuh serta parut lama akibat luka kronik berpunca daripada benda panas contohnya air, minyak dan puntung rokok.

Komen Uncle :

Uncle difahamkan, doktor dah sahkan kecederaan Bella disebabkan air panas, ada luka lama dan luka baru, saksi Yasmin mendakwa Bella didera dengan air panas, cili dan disuruh makan tahi.

Bella sendiri telah bagitahu hakim yang dia didera dengan air panas, cili dan tahi. IO pertama sahkan segala cerita kemalangan dalam rumah Bainun adalah palsu dan scripted. IO kedua mengesahkan dia mengesyaki yang Bella didera.

Uncle rasa, insyaAllah Bainun akan kena. Cuma taktau berapa lama kena. Takut-takut tak kena. Bayar denda je.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02TVBeHyfjsBMXmY9gKDCE29abaj6aY2RiFnzW6Zz8BSrEQXgp4RUo1Ej5iu9PwN4dl